Header Ads

Gara-Gara Tersalah Sangka ‘Punggung Monyet’ Sebagai Tanda Lampu Merah, Wanita Ini Terus Memberhentikan Keretanya Hingga Menyebabkan Kemalangan..



Mungkin anda rasa kejadian ini agak lucu, tetapi apabila melibatkan kemalangan ia adalah perkara serius yang boleh meragut nyawa.


Beberapa bulan yang lalu, kereta wanita ini dilanggar daripada belakang selepas dia tiba-tiba brek dengan mengejut kerana menyangkakan punggung seekor monyet yang berada di atas tiang sebagai lampu merah.


Kredit: BBS

Pada suatu pagi wanita ini memandu di sepanjang jalan Wuhan. Apabila menghampiri persimpangan, dia dengan secara spontannya melihat tiang di hadapannya yang disangkakan lampu isyarat.

Secara tiba-tiba, dia brek dengan mengejut kerana tidak mahu melanggar lampu merah. Malangnya, terdapat sebuah kereta hitam di belakangnya tidak sempat brek lalu terus melanggar belakang keretanya. Pemandu kereta hitam itu keluar daripa kereta dan berkata, “Lampu isyarat berada di hadapan lagi, kenapa kamu tiba-tiba brek di sini?”


Pemandu wanita itu terkejut kemudian memandang ke atas tiang di hadapannya dan menyedari lampu merah yang disangkakan adalah punggung seekor monyet yang duduk di atas tiang.



Kemalangan yang ‘luar biasa’ ini menarik perhatian ramai orang dan orang mula mengambil gambar monyet tersebut untuk dikongsikan di media sosial.


Tidak lama selepas itu, seorang penganjur sarkas tiba di tempat kejadian dan memberitahu pemandu tersebut bahawa monyet itu adalah miliknya. Monyet itu melarikan diri daripada sarkas, dan penganjur sarkas tersebut berjanji untuk menanggung semua kos membaiki kereta.



No comments

Powered by Blogger.