Header Ads

Gara-Gara Leka Main 'Game FIFA', Remaja 14 Tahun Terhabiskan Duit Gaji Sebulan Ibu..


IRELAND: Inilah padahnya kerana terlalu asyik bermain 'game'...Seorang remaja berusia 14 tahun secara tidak sengaja terhabiskan duit gaji ibunya kerana leka bermain video permainan bola sepak FIFA di komputer.

Ini mengakibatkan kesemua baki duit gaji ibunya untuk tempoh sebulan habis dibelanjakan dan mereka tidak mempunyai wang yang tinggal untuk merayakan Hari Natal tidak lama lagi.


Wanita yang tidak ingin dikenali itu berkata, kad debitnya telah didaftarkan dengan FIFA 18 di Playstation anaknya, dan duit dalam akaun tersebut akan dipotong secara berkala setiap kali anaknya membeli ‘points’.

Menurutnya lagi, anaknya itu tidak sedar duit di dalam akaun dipotong setiap kali dia membeli ‘points’ berkenaan kerana tidak mendapat sebarang mesej daripada Playstation.


Bercerita kepada Irish Mirror, wanita ini berkata, dia bekerja keras bagi memastikan keluarganya dapat menyambut perayaan Hari Natal 25 Disember ini dengan lebih meriah.

Katanya, dia membuat pendedahan itu bertujuan memberi kesedaran kepada semua ibu bapa di luar sana agar sentiasa memantau dan mengawasi aktiviti anak mereka sekiranya tidak mahu peristiwa sama terjadi kepada mereka.

No comments

Powered by Blogger.