Header Ads

Gara-Gara Isteri Failkan Cerai, Suami 'Mental' Cuba Bunuh Isteri Hamil Dengan Renjatan Elektrik..



TENNESSEE: Seorang lelaki di Florida ditahan kerana cuba membunuh isterinya yang hamil dengan renjatan elektrik.

Dalam kejadian di Knoxville pada Selasa, Michael Scott Wilson, 32 tahun, dilapor memasang wayar dari pengecas bateri kereta kepada tombol dan pemegang pintu rumahnya di Palm Coast.


Menurut laporan NY Dailynews, suspek berbuat demikian kerana marah dengan tindakan isterinya yang memfailkan pemohonan cerai pada 6 Disember lalu.

Suspek yang dipercayai menghidap sakit mental itu membuat perancangan teliti agar isterinya Ashley Lauren Wilson, 29 tahun, memasukkan kunci dan memegang selak pintu rumah yang mana akan mengaktifkan litar elektrik.

Related imageMenurut laporan NY Dailynews, suspek berbuat demikian kerana marah dengan tindakan isterinya yang memfailkan pemohonan cerai pada 6 Disember lalu.


Menurut polis, Ashley bernasib baik apabila dia terdetik memberitahu ayah tirinya tentang larangan suami agar tidak membenarkan anak-anak mereka menyentuh pintu depan rumah.

Ayah tiri Ashley yang ragu-ragu dengan larangan itu bertindak memeriksa pintu rumah tersebut dan mendapati ada kesan terbakar pada pemegang pintu.

Pasukan penyiasat yang kemudiannya dikerahkan ke lokasi bertindak menendang pintu dan serentak itu berlaku percikan bunga api besar.


Menurut polis, Ashley bernasib baik kerana dia mungkin maut akibat renjatan elektrik kuat pada seluruh tubuhnya jika memegang tombol pintu tersebut.

Polis dalam pada itu menyifatkan insiden ini antara kes keganasan rumah tangga yang paling dahsyat pernah berlaku di situ.


“Bukan saja lelaki ini cuba merancang membunuh isterinya dengan renjatan elektrik, tetapi dia juga boleh menyebabkan kecederaan parah pada orang lain yang cuba masuk ke kediaman ini,” kata seorang pegawai polis.

Michael bagaimanapun berjaya ditahan di Penjara Knox County, Knoxville dan kini sedang menunggu perbicaraan.

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.