Header Ads

'Gara-Gara Bos Lambat Bayar Gaji.' Lelaki Mengamuk Pukul Anak Majikan Dan Isteri Rakan Kemudian Bakar Kereta Rakan Sekerja..



SIBU: Seorang lelaki berusia awal 30-an mengamuk dengan memukul anak majikan dan rakan sekerja setelah mendapati gajinya lambat dibayar.

Buruh binaan terbabit juga bertindak membakar kereta rakan sekerjanya yang dipercayai cuba mententeramkan suspek.


Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zailani Amit berkata, insiden kira jam 3.50 petang Sabtu itu berlaku di hadapan sebuah restoran di Jalan Aman, di sini.

Menurutnya semasa kejadian, tiga pekerja binaan sedang menanti bayaran gaji oleh majikan.

Bagaimanapun, suspek dikatakan berang selepas dimaklumkan oleh anak majikannya yang berusia 24 tahun mengenai kelewatan pihak syarikat membayar gaji kepada pekerja untuk bulan ini.


Justeru, rakannya berusia 35 tahun cuba menenangkan suspek, namun dia terus mengamuk dengan memukul isteri rakannya itu dan anak majikannya.

Suspek kemudian bertindak memukul anak majikannya dengan batang besi serta membakar kereta Perodua Kancil milik rakannya sebelum melarikan diri.

Suspek kemudian bertindak memukul anak majikannya dengan batang besi serta membakar kereta rakannya jenis Perodua Kancil sebelum melarikan diri. - Foto JBPM Sarawak

Tujuh anggota balai Bomba dan Penyelamat Sibu diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua, Tahir Tuah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.


Kenderaan terbabit terbakar hampir 85 peratus dan nilai kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan mencecah RM12,000.

Polis Sibu masih memburu lelaki yang bertindak membakar kereta rakan dan mencederakan tiga individu kerana gaji lambat masuk. -- Paparan skrin Google

Kes masih disiasat dan polis sudah mengenalpasti identiti suspek dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan.

No comments

Powered by Blogger.