Header Ads

"Dunia Pisahkan Kita, Tapi Kasih Aku Tak Mungkin Dapat Mereka Ambil, Aku Doakan Kau Mendapat Kasih Sayang Yang Kau Idamkan Selama Ini. Besar Pengorbanan Yang Telah Kau Buat." - Bekas Suami Mimi Fly..



Bekas suami Mimi One Nation Emcees, Mimi Fly baru-baru ini meluahkan perasaan selepas penceraiannya di laman sosial Facebook (FB)nya, Fir Darkuz lapor Astro Gempak.


Luahan yang dibuat Mohd Firdaus Hajar itu menyentuh hati pengikutnya dan rata-rata menganggap lelaki tersebut masih menyayangi Mimi.


Firdaus atau lebih mesra dengan panggilan Daus itu turut mendoakan bekas isterinya itu mendapat kasih sayang yang diidamkan selama ini.

“Semoga segalanya dipermudahkan buat kita sayang. Aku doakan kau mendapat kasih sayang yang kau idamkan selama ini. Besar pengorbanan yang telah kau buat,” tulisnya.


Daus juga seolah-olah meluahkan kekesalannya terhadap orang sekeliling apabila menulis;

“Biar orang nak cakap apa, aku tahu dan Tuhan maha mengetahui. Semoga mereka bahagia dan mendapat pengajaran, lalu akhirnya mengasihani kau seadanya.

“Dunia telah pisahkan kita daripada ikatan ini tetapi jiwa dan kasih aku dekat kau tak mungkin dapat mereka ambil.


“Kau anugerah Ilahi yang besar buat aku yang kerdil ini. Terima kasih atas segalanya sayangku sahabatku cinta matiku,” tulisnya.

Firdaus yang merupakan pengurus Mimi dan One Nation Emcees diijabkabulkan dengan wanita kesayangannya itu pada 16 Mei 2015.


No comments

Powered by Blogger.