Header Ads

"Donald Trump Orang Tua Nyanyuk". Kim Jong-un Turut Menyelar Tindakan Donald Trump Berhubung Isu Baitumaqdis..


SEOUL: Korea Utara memberi gelaran 'orang tua nyanyuk' kepada Presiden, Donald Trump berhubung tindakannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel lapor Berita Harian.

Menurut media tempatan, gelaran itu menambah koleksi kata ejekan terhadap Presiden Amerika Syarikat itu.

Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un saling berbalas serangan lisan dan peribadi, sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan ketegangan semakin memuncak selepas ancaman peluru berpandu dan nuklear oleh Pyongyang.


Negara komunis itu turut menyertai kecaman antarabangsa yang tidak bersetuju keputusan Trump berhubung Baitulmaqdis, malah menyelar presiden AS itu sebagai 'licik dan jahat'.

"Orang tua nyanyuk itu secara terang-terangan melakukan kemusnahan kepada sebuah negara berdaulat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Bagi mereka yang mengenalinya, ia tidaklah mengejutkan sangat.


"Tindakannya itu jelas menunjukkan siapa sebenarnya yang cuba menghancurkan dunia, membunuh keamanan dan keamanan selain layak dipanggil penyangak antarabangsa," kata jurucakap Kementerian Luar yang dipetik agensi berita KCNA.

Pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang diumumkan Trump pada Rabu lalu disusuli rancangan memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv bukan sahaja mengundang kemarahan dunia Islam tetapi turut menerima bantahan dan kritikan sekutu Washington. - AFP

No comments

Powered by Blogger.