Header Ads

"Dekat 2 Jam Saya Tunggu, Saya Telefon Dia, Dia Herdik Dan Halau Saya Balik.” 7 Anak 'Tanggang Moden' Aniaya Bapa Kandung Lepas Dapat Aset Lebih RM4 Juta..

Daut @ KASIM JALI (tengah) kelihatan sedih sewaktu cuba ditenangkan oleh Amir Hamzah Aziz (kiri) semasa mengadu kepada Pembela mengenai kisah hidupnya di Pejabat Pembela BN, Ayer Keroh, semalam. – utusan/Gaie Uchel

AYER KEROH: Hati mana yang tidak luluh apabila anak kandung yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang, ditatang bagaikan minyak yang penuh bertindak mencemuh dan menyisihnya daripada hidup mereka lapor Astro Awani.

Bukan sahaja kepercayaan yang diberi si ayah dipersiakan, malah tubuh yang pernah berhempas pulas menyara hidup mereka sekeluarga itu diherdik dan dihalau bagaikan anjing kurap.

Bagaikan kisah hikayat si Tanggang, namun itulah yang berlaku kepada seorang warga emas di sini yang kini menagih simpati setelah dirinya diperlakukan sebegitu rupa oleh anak-anak kandungnya sendiri.


Daut @ Md Kassim Jali, 83 tahun, tampil mengharap keadilan setelah dirinya dianiaya tujuh anak kandungnya sendiri selepas menyerahkan semua aset bernilai lebih RM4 juta.

Daut yang dahulunya hidup serba mewah dengan perniagaan tiga buah stesen minyak, ladang ternakan ayam seluas 10 ekar dan dua ladang tanaman sawit, memberi kepercayaan sepenuhnya kepada tujuh anak berusia 41 tahun hingga 58 tahun untuk meneruskan legasi perniagaan yang telah diusahakan sejak tahun 70-an lagi secara berperingkat.

Daut yang diserang angin ahmar pada 2013 ibarat jatuh ditimpa tangga apabila dipinggir anak-anaknya dan terpaksa menyara kehidupan serta rawatan kesihatan sendiri dengan sisa baki kudrat yang ada.

Daut (tengah) ditemui di Pejabat Pembela Barisan Nasional (BN) Kota Cemerlang Ayer Keroh bersama peguamnya Mohd Adli Ithnin.

Menceritakan detik itu, Daut dikurniakan empat anak lelaki dan tiga anak perempuan hasil perkongsian hidup bersama isteri pertama.

Menurutnya, ketika dalam keadaan sakit dan tidak mampu berfikir dengan waras, dia telah diperdaya salah seorang anaknya untuk menukar segala hak milik pegangan saham sebuah syarikat ladang ternakan ayam daging kepada nama anaknya itu.

Bukan itu sahaja, malah sebuah rumah di Cheras yang dibeli dengan harga RM600,000, deposit overdraf perniagaan stesen minyak bernilai RM800,000, serta akaun simpanan semasa syarikat bernilai RM100,000 turut beralih tangan.


Kata Daut, dia kini yang hidup menumpang kasih dengan isteri kedua serta tujuh anak tirinya Di Taman Bidara Permai, Masjid Tanah.

Daut bersyukur kerana anak-anak tirinya begitu bertanggungjawab menjaganya biarpun dalam keadaan dirinya yang kini uzur.

Malah katanya, masih segar di ingatan kenangan empat tahun lalu, di mana dia memandu seorang diri dan secara tiba-tiba minyak keretanya habis sebelum membuat keputusan untuk singgah di stesen minyak yang pernah dibina suatu ketika dahulu sebelum ia diserah kepada anak perempuan kesayangannya.

Dengan nada sebak, katanya, dia menunggu hampir dua jam untuk mendapatkan minyak percuma, malah bukan sahaja dihalau, dia turut diherdik anaknya sendiri.


“Di Kuala Sungai Baru empat tahun lepas, ketika saya bawa kereta minyak habis. Saya pergi ke stesen minyak minta pekerja di situ tolong isikan, tapi dia tak bagi sampailah ke malam.

"Dekat dua jam saya tunggu, saya telefon dia, dia hentam saya balik.

“Saya yang bina stesen minyak tu… saya hanya mampu berdoa kepada Tuhan,” kata Daut.


Daut ditemui di Pejabat Pembela Barisan Nasional (BN) Kota Cemerlang Ayer Keroh bersama peguamnya Mohd Adli Ithnin.

Sementara itu, Pengarah Pembela BN Negeri, Amir Hamzah Aziz berkata, isu warga emas berkenaan pernah diketengahkan dan dibawa ke mahkamah pada 2014 lalu sebelum mahkamah memutuskan hak tanah perusahaan reban ayam seluas 10 ekar perlu diserahkan sepenuhnya kepadanya.

Namun, langit tidak selalunya cerah apabila September lalu, reban ayam yang merupakan satu-satunya sumber pendapatan harian warga emas itu dirampas semula oleh anak-anaknya.

Harapan Daut hanyalah keadilan untuk dirinya bagi meneruskan sisa hidup yang berbaki.

Sumber: Astro Awani

Tambahan:

Tapi, menurut salah seorang pengguna facebook, Siti Nurliza yang merupakan cucu kepada Daut, anak-anak Daut tidak pernah mengabaikan bapanya, Wallahuallam, apa yang kami doakan, semoga keluarga ini kembali bersama semula dan segala urusan ataupun pertelingkahan atau ketidakpersefahamn dapat dipulihkan semula.



24 comments

norm norman said...

Allahuakbar
Sedih baca kisah ini, segala apa yang terjadi bukanlah cerita baru tapi semua ini adalah ulangan dari sebuah kehidupan. Hai anak kalaulah kamu sedar bahawasenya kamu masih punya seorang Ayah pasti kamu akan jaga dia dengan sebaik mungkin.

Yaya Pinky said...

Dasar anak sialan .. buruk2 aku wlaupun kerap gaduh dgn mak aku, aku xsmpai hati nk buat cmtu kt mak .. jauh kt dlm hati ni terlalu syg dn kasih pd mak wlaupun mak byk skitkn hati aku .haha

Nabihan Onlyz said...

Engkau tunggu lah balasan tuhan ,wahai si anak durhaka..hidup kita xselalu senang mungkin ada masa kita diatas dan adakala kita dibawah..kna ingat tu...

Nabihan Onlyz said...

Engkau tunggu lah balasan tuhan ,wahai si anak durhaka..hidup kita xselalu senang mungkin ada masa kita diatas dan adakala kita dibawah..kna ingat tu...

Data Upload said...

Memang anak lupa diri bila diberi harta dunia.. lupa Allah.. lupa dirinya hadir dr mana.. semoga Allah beri hidayah pada anak2 Daut sblm mati dgn hartanya ..

Zettylamara Syg said...

Hidup lah dgn duit yg ko ambl 2 tp doa mak ayh 2 penting fhm syg lah dia selagi dia msh ada maafkn dia klau dia pernh meyakiti....ko kn ada ank jgk tggu ko tua nnti ank ko bt bru ko thu.....bersbr lah ye pakcik allah akn bls blsn ank yg derhaka nie....��

maniaxxis said...

Betul tu.. Kita pn sama.. Walaupun kita tahu mak tak suka kat kita n selalu lebihkan anak² yang lain tapi takkan sanggup lihat orang tua kita hidup susah mcm tu..

Norida A said...

Tanggang moden ... tunggulah balasan dari Allah SWT, tak mustahil sebagaimana mereka memperlakukan ayah mereka, begitulah juga anak2 mereka akan memperlakukan mereka, tak berkat harta dan kehidupan kamu kerana bersikap begitu ... kepada pakcik, bykkn bersabar dan berdoalah kerana doa hamba2 yg teraniaya akn termakbul

Annisha Alias said...

Ni anak ke setan ni. Jahat sgt.

Liza Hj Sulaiman said...

Bela lembu lagi bagus dah tentu ada hasil nya...ank tak kenang budi. .biadap....allahuakbar. .tunggu balasan dri nya

PrincessSarah Zahidi said...

Rasanya dri kisah ni sebenarnya anak2 nya takut harta tu trlps ke 7org anak tiri tu sbb tu mereka sanggup rampas dri bapanya... Dh dapat harta tu jagalah bapa tu dgn baik...byk betul dosa anak2 dia tu buat...lah dah ambik harta bapanya, di biarkan org lain menjaga...menyusahkan pihak lain pulak... Adalah kifarah Allah utk yg derhaka seperti ini...

Sueliza Abdullah said...

Mimpi tidak selalunya indah..apa yg di lakukan oleh ank2 durhaka pasti ada balasannya..semoga Allah memberi petunjuk kpda ank2 yg durhaka

wan said...

Anak setan.ko rsa kenyang sgt.makan la...kompom bapak ko mati ko xmtk ampun...merempat la ko tp jalan sial

Unknown said...

sapa tau stesen minyak apa n kat mana kita boikot bg dia rasa penyesalan

shiro ro said...

Ya Allah sedey btol..bila mmbacanya.. kalo sekalipun xsuka dgn ayahnya mngkin berkahwim ke2 tp knp hrta nk belot semua.. smpai ye ati..

Yana Mahat said...

Pengajaran utk kita juga,jangan terlalu baik sangat dgn anak, bila dia dh bsr, bila kita dah tua, belum tentu dia sanggup nak jaga kita dan jangan bagi semua harta kat ank² sebelum kita meninggal,dah meninggal barulah diagihkan, kalau nak bagi juga..tapi tinggalkan utk kita juga

Unknown said...

Jadi pengajaran utk kita..jgn serahkn harta kita pada ank..biar ank usahakn utk diri dia sndiri.. kite dah tua2 mana ade kudrat nak kije lg..so harta yg ada itu lah nak digunakan sampai akhir hayat..x perlu mengharap sgt ank akn menjaga kita waktu tua..kena fikirkn dari usia sebelom senja..

Unknown said...

Jadi pengajaran utk kita..jgn serahkn harta kita pada ank..biar ank usahakn utk diri dia sndiri.. kite dah tua2 mana ade kudrat nak kije lg..so harta yg ada itu lah nak digunakan sampai akhir hayat..x perlu mengharap sgt ank akn menjaga kita waktu tua..kena fikirkn dari usia sebelom senja..

FORESTRA HOME SPA THERAPY said...

Mungkin anaknya mempunyai pengalaman yang silam ayahnya, mungkin itu menyebabkan si anaknya marah. Tapi kita sebagai anak perlu menghormati kedua-dua orang tua kita yang selama ini menjaga kita dari kecil hingga besar.

babyuyun said...

Semoga لله ampunkan dosa dosa anak pakcik ni

effarizan asim said...

Seburuk manapun Org tua kita.. Mereka jgk la yg mberi kehidupan kpd kita hingga kehari ini.. Tanpa mereka kita X wujud. Semoga Allah mberikan ank2nya hidayah...

Bulan Heedaya said...

Ermm xkan tetiba anak jadi mcm tu..mesti ada sebab ni. Semoga Allah mengampunkan semua dosa2 kita.

Saharin Bin Barun said...

Subhanallah.....

Pu3 Hang Li Poh said...

Kasihan pakcik ni..tp kita x boleh juga nk terus buat conclusion salahkn ank2 dia..kita x tau apa yg berlaku sebenarnya..pakcik ni pun berkahwin 2, mungkin ada “kisah” di sebaliknya..apa pun, kita doakan Allah beri petunjuk dan semuanya berakhir dgn baik..

Powered by Blogger.