Header Ads

Datuk Pedofil Berusia 100 Tahun Ditahan Polis Ketika Majlis Sambutan Hari Lahir Selepas Cucunya Sendiri Melaporkan Pada Polis Pernah Menjadi Mangsa Cabul Datuknya Sewaktu Kecil..



SEORANG lelaki warga emas di Britain, Douglas Hammersley yang berwajah manis tidak sabar untuk menyambut hari ulang tahunnya ke-100 lapor Mirror.

Bagaimanapun dia tidak menyedari cucu perempuannya cuba memasang perangkap supaya dia ditahan polis kerana kesalahan sebagai pedofil.

Hammersley sedang bergambar untuk sebuah akhbar tempatan di sebuah pub yang menjadi tempat minumnya selama 70 tahun.


Ramai yang mengucapkan tahniah di atas hari ulang tahunnya itu, sambil menyifatkannya sebagai seorang yang budiman dan penyayang.

Namun yang mencurigakan adalah sambutan itu tidak dihadiri oleh cucu perempuannya, Nicole Caroli, 46, yang cuba menyusun rancangan kerana dihantui dengan penderaan yang dilakukan datuknya terhadap dirinya semasa kecil.

Hammersley's victim came forward after seeing a local paper article about his 100th birthday

Rancangan untuk majlis keraian itu menyedarkan Nicole bahawa dia tidak perlu lagi menyimpan rahsia selama empat dekad.

Oleh itu, dia memutuskan untuk memberitahu polis sebelum ia terlambat.


"Bila saya mengetahui mengenai majlis sambutan ulang tahunnya ke-100, saya berasa derita secara fizikal.

"Saya tidak dapat membayangkan orang di sekelilingnya mengatakan betapa baiknya, sedangkan ia bukanlah satu kebenaran," katanya.


Nicole percaya dia mungkin belum pun mencecah lima tahun apabila Hammersley mencabulnya buat pertama kali.

"Saya tidak dapat bayangkan macam mana zaman kanak-kanak tanpa penderaan," katanya.

Polis menjalankan siasatan selama enam bulan berhubung dakwaan Nicole sebelum menahan Hammersley dan mendakwannya di mahkamah.

Nicole, terkini

Hakim memuji tindakan berani Nicole kerana membawa datuknya ke muka pengadilan dengan penangguhan penjara dua tahun.

Ia menjadikan Hammersley sebagai pedofil tertua yang dijatuhi hukuman di Britain. - Mirror



No comments

Powered by Blogger.