Header Ads

Biar Buruk Asal Bernilai, Pemuda Jual Baju Lama Antik Dengan Harga RM 40,000..



Kebanyakan kita, baju-baju lama yang tidak digunakan selalunya dibuang. Kalau tidak dibuang sekalipun, kita akan sedekahkan kepada keluarga atau jiran tetangga.


Namun demikian, Muhammad Syafiq Azhar, 28, beliau mempunyai idea yang kreatif walaupun dengan hanya baju buruk iaitu menjualnya sebagai barang antik dengan harga mencecah puluhan ribu ringgit.

Bercakap kepada Harian Metro, beliau memiliki empat baju kumpulan Iron Maiden yang asli, terhad, dan sukar dijumpai dengan harga berjumlah RM 40,000.


Pada beliau, baju yang berusia sejak tahun 1982 ini mempunyai nostalgia dan nilai komersial untuk dijualkan kepada umum.

Walaupun sesetengah pihak beranggapan harga itu adalah mengarut tetapi terdapat juga beberapa pihak yang berminat dengan meminta harga ditawarkan.


“Baju ini untuk pasaran antarabangsa, bukan hanya pengumpul di Malaysia mencarinya. Saya jual mengikut harga pasaran terkini yang mencecah antara RM12,000 hingga RM15,000 sehelai. Namun, saya tidak mahu menjual sehelai, jual borong empat helai dengan harga RM40,000,” kata bapa kepada dua anak ini.


Beliau sedar harga yang diletakkan adalah tinggi tetapi percaya, jika baju ini tidak dibeli nilai pasarannya akan meningkat kerana baju ini adalah sesuatu yang bersejarah.

Beliau sebenarnya mempunyai hobi untuk membeli baju-baju yang lama semenjak dua bulan lepas dan kemudian akan menjualnya dengan harga yang tinggi apabila nilai pasaran meningkat.

Selain itu, beliau juga minat mengumpul jersi-jersi daripada pasukan bola sepak tempatan dan luar negara edisi 1990-an sejak tahun 2008.


Azhar yang bekerja dalam industri perkapalan membina hobi ini ketika di bangku sekolah percaya, selain dijadikan sebagai hobi, aktiviti ini juga mampu menjana pendapatan.

Anda berminat? Hubungi beliau supaya anda mempunyai baju yang sangat bernilai ini.



Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.