Header Ads

“Biar Badan Dikerat-Kerat.. Biar Tinggal Seketul Daging, Saya Tak Akan Sesekali Berganjak Daripada Prinsip Saya!” PM Najib Razak..


PUTRAJAYA : “Biar badan dikerat-kerat.. biar tinggal seketul daging, saya tak akan sesekali berganjak daripada prinsip saya!”


Image result for Malaysia

Related image

Demikian ditegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya sewaktu Himpunan Putih: Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis, di Masjid Putra, baru-baru ini lapor Astro Awani.

Image result for najib razak Himpunan Putih: Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis,

Beliau berkata, perhimpunan itu, yang turut menghimpun pemimpin politik berbeza ideologi, serta ribuan rakyat Malaysia, turut menghantar mesej jelas kepada dunia bahawa Islam hanya teguh jika umatnya bersatu.


Katanya, Malaysia juga tidak terjejas dengan ancaman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengancam mahu memotong dana negara yang menentang usaha menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Image result for najib razak Himpunan Putih: Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis,

“Walaupun dia (AS) negara kuasa besar, jangan perlekehkan Malaysia. Kita tidak minta sedekah dan kita juga tak pernah minta bantuan kewangan,” kata Najib.

Terdahulu, himpunan dimulakan dengan forum khas dipengerusikan Pengerusi Majlis Dakwah Negara Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, dengan panelisnya terdiri daripada Duta Besar Palestin ke Malaysia, Datuk Dr Anwar Al Agha, Ketua Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi, pemimpin PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Dr Yusri Muhammad.


Ketika solat Jumaat, hadirin mendengar khutbah yang bertajuk 'Selamatkan Baitulmaqdis' yang disampaikan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Marilah kita sama-sama berhimpun selepas ini bagi menyuarakan sokongan dan menzahirkan semangat intifadah untuk rakyat Palestin. Kepada Allah jua kita berserah,” katanya lagi.


Sementara itu, Perdana Menteri turut mengumumkan keputusan kerajaan menjadikan setiap Jumaat minggu ketiga sebagai ‘Hari Solidariti Baitulmaqdis’ di masjid-masjid tertentu di seluruh negara.

Image result for najib razak Himpunan Putih: Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis,

"Atas cadangan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku pengerusi jawatankuasa perhimpunan, setiap bulan kita akan buat perhimpunan solidariti, bukan sahaja di masjid di Putrajaya tetapi juga masjid di seluruh negara," katanya lagi.

Sumber:  Astro Awani.

No comments

Powered by Blogger.