Header Ads

'Berhenti Popularkan Golongan Yang Permainkan Agama' – Yati Sendayu Tinggi..



PERTALIAN darah sebagai adik-beradik tidak menjamin dua individu untuk mempunyai pendapat yang sama.

Jika si adik nampak cukup terbuka untuk melakukan apa sahaja atas tiket pemasaran, lain pula bagi si kakak.


Menurut laporan Astro Awani, Noor Hayati Kamarzaman, kakak kepada pengasas produk DHerbs, Datuk Aliff Syukri, menerusi satu kemas kini status di akaun Instagram, meminta agar pengguna laman sosial berhenti mempopularkan individu yang secara terang-terangan mempermainkan agama.




"Kita menggalakkan lagi mereka untuk bersaing,cerita siapa yang lebih tular. Itu yang mereka nak dan remaja-remaja yang sedang mencari identiti diri, akan terikut," katanya dalam posting tersebut.

Netizen memenuhi ruangan komen dengan memuji pendirian Noor Hayati itu, namun ada yang tidak mampu menahan diri daripada membangkitkan tindakan Aliff Syukri yang merakamkan lagu duet dengan Nur Sajat sebagai strategi pemasaran.


Membalas komen tersebut, Noor Hayati yang merupakan Pengarah Eksekutif Sendayu Tinggi berkata, dia sendiri tidak bersetuju dengan perkara itu.

"Yang salah tetap salah. Keluar dari perut yang sama belum tentu sikap pun sama.

No comments

Powered by Blogger.