Header Ads

Bayi Baru Dilahirkan Maut Terbakar Hidup-Hidup Berpunca Dari Mentol Lampu Inkubator Meletup Dan Terbakar..


Viral di media sosial gambar-gambar seorang bayi yang baru dilahirkan beberapa jam, maut terbakar hidup-hidup. 

Dalam kejadian tragik yang dilaporkan berlaku di Hospital Wanita, Republik Dominika, Selasa lalu, kejadian berpunca dari litar pintas menyebabkan mentol lampu inkubator yang dipancarkan pada mangsa, meletup lalu menyebabkan kebakaran. 


Kejadian itu berlaku sangat pantas menyebabkan mangsa terbakar hidup-hidup sebelum disedari oleh seorang doktor yang segera bertindak mengambil mangsa dari katilnya, yang juga menyebabkan tangan doktor berkenaan melecur.

Mangsa yang masih hidup, namun berada dalam keadaan kritikal diberikan rawatan kecemasan sebelum dirujuk ke Hospital Robert Reid Cabral pada jam 12 tengah hari. Malangnya, mangsa yang cedera parah tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia pada jam 7 petang ketika diberikan rawatan.




Menurut Pengarah Hospital Robert Reid Cabral, Ricardo Alberto Elias Mergen berkata, mangsa yang dilahirkan dengan berat tiga kilogram itu melecur 50% di bahagian muka dan bahagian depan badannya. 


Sementara itu, ibu bapa mangsa terkejut dan bersedih dengan kejadian yang menimpa anak mereka. Lebih-lebih lagi ibunya yang kini berada dalam keadaan trauma.

No comments

Powered by Blogger.