Header Ads

"Bayangkan Saya Tengah Fokus Mengajar Murid Lemah Tidak Mahir Membaca Dan Menulis, Takkan Saya Nak Biarkan Murid Yang Cemerlang Melompat Dalam Kelas.” Luahan Guru Terbeban..



KUALA LUMPUR: "Kami terpaksa menyediakan modul pengajaran berbeza sebab tahap akademik mereka berbeza."

Itu luahan guru yang bertugas di sebuah sekolah rendah di Lembah Klang yang telah memulakan penggabungan kelas tanpa menilai tahap akademik murid.

Menurut guru berkenaan, ada 35 murid dalam satu kelas, lima daripadanya berada pada tahap lemah. Jelasnya, ia sedikit sebanyak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.


"Cuba bayangkan bila saya tengah fokus mengajar murid yang lemah terutama yang masih tidak mahir membaca dan menulis, takkan saya nak biarkan murid yang cemerlang melompat dalam kelas.

"Mesti saya kena bagi modul pengayaan kepada murid cemerlang, jadi kena ada modul berasingan. Murid sederhana pula macam mana?

"Memang saya kasihan pada yang murid yang lemah, tapi murid Tahap 1 iaitu darjah satu, dua dan tiga tidak tahu lagi untuk membimbing rakan sekelas mereka," katanya 


Guru yang telah bertugas lebih 12 tahun itu mengakui turut terbeban dengan tugas lain yang tiada kaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran (PDP).

"Nak semak kertas peperiksaan, semak kerja sekolah, persiapkan program LINUS, siapkan modul dan pelan pengajaran serta banyak lagi.

"Tidak termasuk lagi nak isi macam-macam maklumat dalam sistem, sampai terpaksa sambung buat kerja di rumah. 


"Kita bekerja sebagai guru ini disebabkan oleh minat, tapi banyak sangat perkara yang bukan menggambarkan tugas seorang guru," keluhnya.

Justeru, beliau berharap agar jumlah murid di dalam sesebuah kelas dikurangkan sekali gus membantu para pendidik untuk lebih fokus dalam proses pengajaran. 

Malah, ujarnya penggabungan kelas mengikut tahap akademik pada pelajar tahap 1 masih terlalu awal untuk dilaksanakan kerana murid tersebut masih belum memahami konsep membantu kawan yang lemah.

Sumber: Astro Awani

No comments

Powered by Blogger.