Header Ads

“Baik Awak Hantar Durian..Durian Lagi Mahal Dari Bunga Ni. Kenyang Pun Kenyang. Anyway Thanks Mrj Selalu Sudi Hantar Roses Ni Ya. Sesusah Je.”


Joy Revfa akui sering menerima kiriman jambangan bunga daripada jejaka yang menggelarkan dirinya sebagai Mr J.


Joy yang juga usahawan kosmetik menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat naik foto sejambak bunga mawar dan sekotak barang kemas jenama Cartier bersama kad yang tertera nama Mr J.

Joy memberitahu yang dia lebih suka jika pengirim itu menghantarkannya buah durian kerana menganggap ia lebih mahal dan boleh dimakan berbanding bunga.

Bagaimanapun, Joy tetap mengucapkan terima kasih kepada Mr J kerana sering menghantar jambangan bunga itu.


Rata-rata pengikutnya cuba berteka-teki siapakah jejaka tersebut dan tidak kurang juga yang menanggap Joy menerima hadiah daripada ‘secret admire’.

Joy dan Hafiz baru sahaja disahkan bercerai pada 25 Oktober lalu selepas bernikah 1 Mei 2017.

No comments

Powered by Blogger.