Header Ads

'Badan Lebam & Ada Kesan Darah Pada Lampin.' Ibu Dan Teman Lelaki Di Tahan Polis Disyaki Dera Bayi Perempuan Berusia 10 Bulan..



WANITA dan teman lelakinya ditahan dalam dua tangkapan di Kajang dan Ampang, semalam, selepas disyaki mendera bayi perempuan wanita itu lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya menerima laporan daripada teman lelaki berusia 25 tahun itu yang memaklumkan bayi berusia 10 bulan itu muntah dan terdapat kesan darah pada lampin bayi berkenaan dipercayai akibat didera, 2.45 pagi, kelmarin.


“Siasatan awal mendapati pada 7 pagi, Khamis lalu wanita 20-an itu menghantar mangsa ke rumah pengasuh di Persiaran Pangsa Baiduri Taman Desa Baiduri Cheras, Kajang dan mengambil anaknya pada 2.30 petang.

“Ketika teman lelaki berada di tempat kerja, dia menerima panggilan telefon daripada wanita itu yang memaklumkan mangsa tiba-tiba muntah dan terdapat kesan darah di lampinnya sebelum dia dibawa ke klinik berhampiran untuk rawatan lanjut,” katanya.

Ahmad Dzaffir berkata, mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.


“Ketika menerima rawatan di HKL, doktor yang merawat mangsa memberitahu terdapat kesan lebam di belakang badan dan perutnya disyaki akibat didera.

“Bagaimanapun, teman lelaki tidak mengesyaki mangsa didera oleh pengasuh kerana sebelum ini anak sulung wanita itu juga dijaga oleh individu sama dalam keadaan baik,” katanya.

Katanya, doktor turut mengesan pendarahan pada bahagian kemaluan bayi berkenaan namun berdasarkan laporan awal dipercayai bukan akibat rogol.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati mangsa adalah anak bongsu wanita itu daripada empat beradik yang berlainan bapa.

“Wanita itu dan teman lelakinya tinggal bersama dan belum berkahwin. Mangsa dijaga mereka sejak sebulan lalu kerana sebelum ini dia dijaga oleh sepupu teman lelaki sejak berusia lima bulan.

“Wanita itu kemudian meminta untuk menjaga mangsa daripada keluarga angkatnya sejak sebulan lalu€” katanya.


“€Mangsa dan dua lagi adik beradiknya berusia tiga dan lima tahun ditahan di HKL untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk pengambilan dadah.

“€Reman terhadap suspek akan diambil hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Sumber:  Harian Metro.

No comments

Powered by Blogger.