Header Ads

Awas! Dengan Ayam Yang Dijual Murah Bawah Pasaran! Ayam Suntikan Antibiotik Penyebab Kanser!


KUALA LUMPUR – Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, daging ayam merupakan daging yang popular dalam diet pemakanan. Pelbagai juadah yang menyelerakan dapat dihidangkan dengan ayam.


Kini, disebabkan peningkatan kos sara hidup rakyat lebih memilih ayam yang dijual dengan harga murah di pasar-pasar awam.


Tetapi, tahukah anda sebenarnya ayam-ayam yang murah ini telah disuntik dengan antibiotik?

Perkara ini telah pun didedahkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melalui lidah rasmi mereka, Utusan Pengguna.

Dalam pendedahan yang dilakukan mereka, kebanyakan pasar-pasar awam di sekitar Pulau Pinang menjual ayam yang disuntik antibiotik. Alasan mereka mudah, iaitu untuk tumbesaran ayam.


Suntikan antibiotik ini juga dapat memberi ketahanan kepada ayam untuk bertahan lebih lama dalam persekitaran yang tidak bersih.

Bahan ini dikatakan sangat efektif dalam meningkatkan berat badan ayam dan menghalang jangkitan penyakit.

Namun demikian, sebenarnya suntikan antibiotik akan menjejaskan kesihatan kepada pengguna.


Lebih memeritkan, bahan ini boleh menjadi penyabab kepada pelbagai jenis penyakit. Menurut Dr. Hasnida Zawawi daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), kekerapan mengambil antibiotik mengundang tubuh terdedah kepada penyakit selain mudah terkena jangkitan.

Memetik laporan Utusan Malaysia, antibiotik yang disuntik ke dalam ayam akan memberi kesan manusia seperti rentan kepada antibiotik serta memberikan kesan karsinogenik (penyebab kanser).


Dalam satu kajian yang dikeluarkan oleh World Health Organization(WHO), pada tahun 2013 sebanyak 131,000 ton daging telah disuntik dengan antibiotik.

Disebabkan itu, suntikan antibiotik ke dalam pengeluaran daging untuk pemakanan telahpun diharamkan di Eropah.

Di Malaysia pula, melalui Kementerian Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan telah menetapkan semua ladang ternakan dilarang memberi ayam makanan yang mengandungi antibiotik untuk tempoh tujuh hari sebelum melalui proses penyembelihan bagi mengelak sebarang komplikasi kepada pengguna.

Sumber: SCMP

Walaupun suntikan antibiotik dilarang sebelum tujuh hari penyembelihan, tetapi kandungan antibiotik yang masih berada dalam daging ayam berisiko tinggi kepada pengguna.

Sebagai pengguna, kita mempunyai hak untuk tahu kandungan makanan yang dibeli dan dimakan oleh kita. Anda dinasihatkan untuk membeli ayam yang segar berbanding ayam yang lama kerana kurangnya kandungan bakteria.

Malaysia menyasarkan semua jenis makanan termasuk daging ayam bebas daripada suntikan antibiotik pada tahun 2020. Oleh itu, kerajaan perlu bersikap tegas dalam melindungi hak pengguna untuk mendapatkan makanan yang sihat dan selamat untuk masyarakat.

No comments

Powered by Blogger.