Header Ads

“Aku Ni Sarat-Sarat Pun Pergi Jugak Kerja Sebab Fikir Tanggungjawab.” Jihan Kesal Sikap 'Hero' Yang Disifatkan Tidak Bertanggungjawab..



PENGACARA, Jihan Muse menjadi mangsa kritikan netizen selepas memuat naik satu status berkenaan seorang pelakon lelaki yang disifatkannya sebagai tidak profesional lapor Astro Awani.

Dalam status  yang dikemaskini di akaun Twitter itu, Jihan bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas nama pelakon terbabit.


Kata Jihan, dalam keadaan sarat hamil, dia masih boleh keluar bekerja atas dasar tanggungjawab, namun sebaliknya pula berlaku kepada 'hero' berkenaan.


Status yang dimuat naik Jihan ke akaun Twitter.


“Aku ni sarat-sarat pun pergi jugak kerja sebab fikir tanggungjawab. Hero yang tak bertanggungjawab tu jugak yang korang simpan dalam industri. Sebab dia pulak kerja kita disekat? Apalah makin kronik sangat dunia sekarang ni. Kipas bontot dapat apa? Aduhai saleha." kata Jihan dengan nada yang kesal.

Ketika ramai netizen mengandaikan Jihan menujukan status itu kepada pelakon lelaki popular yang baru mendirikan rumahtangga, namun pada masa sama ramai juga berpendapat ia mungkin untuk pelakon lelaki lain.


Menurut peminat, status berkenaan tidak semestinya berkaitan pelakon berkenaan kerana isu yang didakwa ditimbulkannya di set Meletop baru-baru ini tiada kena-mengena dengan Jihan.

Rakannya Nabil Ahmad turut memberi respon tentang tweet dari Jihan itu, dengan bertanya kepada siapakah penulisan itu ditujukan.

Ini respon Nabil:

“Tapi serius laaa nak tahu kau mengata sape ni nyeeeh

“Ko ngate sape ni nyeeeeeeh


Itulah antara respon kepada tweet Jihan Muse ini. Oleh kerana tweet ini menjadi viral dalam sekelip mata, Jihan telah mengambil pendekatan menutup akses secara public dan membuat akaunnya protected.

Dalam penulisan Jihan Muse itu tidak ditulis ditujukan kepada sesiapa, hanya Jihan yang tahu.

Komen dari orang ramai itu hanyalah spekulasi sahaja.


Powered by Blogger.