Header Ads

"Aku Ni Dah Nak Mati Ke?" - Siti Sarah Kongsi Detik Cemas Dikejarkan Ke Hospital..



Penyanyi Siti Sarah mendedahkan dia panik apabila tiba-tiba hampir pitam di kediamannya sebelum dikejarkan ke hospital minggu lepas lapor Astro Gempak.

Kata Sarah, dia berulang kali memohon maaf kepada suaminya, Shuib, sepanjang perjalanan ke hospital.

"Aku ni dah nak mati ke? Itu yang bermain-main dalam kepala saya sepanjang perjalanan ke hospital dan ditahan dalam wad sehari.


"Tapi waktu itu saya nampak muka Shuib cool sahaja. Sampailah saya sudah kembali sihat dia ceritakan semula kepada saya dan barulah saya tahu dia memang betul-betul panik," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan rambut Sugardoll by NN di Flora Terrace, Kuala Lumpur hari ini.

Sarah dalam pada itu menjelaskan punca dia dimasukkan ke hospital bukan kerana diet melampau sebaliknya keletihan dan tekanan darah rendah.


"Pernah saya tidak sempat pulang ke rumah selama lima hari kerana terlalu sibuk dengan persembahan nyanyian.

"Saya tidak pernah tidak makan sebab saya seorang yang akan sentiasa membawa bekal apabila keluar.

"Tetapi mungkin ketika itu saya terlalu sibuk sampailah hampir pengsan.


"Memang saya sudah rasa sakit-sakit badan sejak beberapa hari namun saya kuatkan semangat untuk bekerja dan kuatkan semangat," tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Sarah dilantik sebagai duta kepada produk penjagaan rambut Sugardoll by NN yang merangkumi syampu, perapi, tonik dan vitamin.

No comments

Powered by Blogger.