Header Ads

"Ada Unsur Khianat." Datuk, Nenek Dan Cucu Ditetak Dan Dibunuh Sebelum Dibakar


KUALA LUMPUR: Empat sekeluarga yang maut kebakaran di sebuah rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, Sepang awal pagi tadi dipercayai dibunuh sebelum dibakar.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmad berkata, siasatan awal Pasukan Siasatan Tempat Kejadian (CSI) pihaknya mendapat terdapat kesan tetakan pada badan mangsa.


"Siasatan mendapati terdapat kesan luka dipercayai tetakan pada badan tiga daripada mangsa. Kesemua mangsa dipercayai telah dibunuh kemudian telah dibakar,

ANGGOTA bomba membuat pemeriksaan terhadap sebuah rumah yang terbakar di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, Sepang, pagi tadi. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

"Bagaimanapun begitu punca kematian akan disahkan sepenuhnya selepas bedah siastan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.


Pihaknya juga mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian kira-kira 5.50 pagi tadi, empat sekeluarga yang maut adalah pasangan suami isteri dikenali sebagai Chia Tee Nang, 73, Lim Mai Shak, 68 dan cucu mereka, Chia Yuan Bin, 3, manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang masih belum dikenal pasti.


Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, semua mangsa ditemui selepas api berjaya dipadamkan kira-kira jam 7 pagi.

VIDEO:


Sumber: Astro Awani & BH

No comments

Powered by Blogger.