Header Ads

"Ada 'Datuk' Yang Cuba Menggatal Dengan Saya, Namun Saya Abaikan Saja. Tidak Kuasa Saya Nak Melayan Semua Itu. Lebih Baik Saya Fokus Kepada Soal Hidup Dan Anak." Enot..



KUALA LUMPUR: Pelakon, Aliza Abdullah atau Enot, mendedahkan sebagai ibu tunggal, beliau tidak terlepas daripada gangguan lelaki yang cuba menagih cintanya, termasuk mereka yang bergelar 'datuk'.

Begitupun, Enot yang lebih dikenali sebagai artis komedi berkata, beliau tidak terlalu menghiraukan semua itu, sebaliknya lebih memfokuskan kepada memajukan hidupnya dan anak-anak.


"Saya tidak menafikan sering juga diganggu lelaki yang mahu menagih cinta, termasuk di kalangan yang berpangkat. Namun, saya tidak mahu terseret dengan perkara yang tidak memberikan apa-apa kepastian.

"Ada juga 'datuk' yang cuba menggatal dengan saya, namun saya abaikan saja. Tidak kuasa saya nak melayan semua itu. Lebih baik saya fokus kepada soal hidup dan anak," katanya yang pernah dua kali mendirikan rumah tangga.

Ibu kepada dua cahaya mata, Andriana Balqis, 16 dan Ariana Qaseh Qistina, 10, ini berkata, meskipun begitu beliau bukanlah serik untuk bercinta lagi walaupun pernah berdepan kegagalan dalam perkahwinan, pada 2007 dan 2013.

"Biarlah kisah lalu berlalu pergi begitu saja. Saya sendiri tidak berasakan apa-apa lagi akibat kegagalan lalu. Sebaliknya, saya percaya ajal, jodoh, pertemuan dan rezeki itu semuanya ketentuan Tuhan.

"Dalam soal jodoh, saya serahkan kepada ketentuan Yang Maha Kuasa. Jika ada jodoh pada masa akan datang, saya terima dan andai sebaliknya, tidak mengapa.


"Saya sudah ada pengarang jantung hati sendiri, iaitu dua anak saya. Melihat mereka membesar di depan mata sudah cukup untuk membuatkan saya bahagia," kata Enot yang genap berusia 39 tahun pada 3 Disember lalu.

"Sepanjang tiada tawaran berlakon, alhamdulillah rezeki saya murah dengan menjalankan bisnes.

Selain itu, Enot juga mula mengusahakan perniagaan sebagai perancang majlis secara kecil-kecilan, di samping meneruskan jualan sambal bilis petai.

Sumber: Berita Harian

No comments

Powered by Blogger.