Header Ads

'Abu Mayat Ibu Sebagai Perencah Masakan'. Kerana Terlalu Rindu, Wanita Ini Makan Abu Mayat Ibu Sendiri..



London: Kerana terlalu rindu, seorang wanita akan menjamah abu mayat ibunya sebagai santapan Krismas tidak lama lagi bagi memastikan dia sentiasa berada ‘di sisi’ wanita itu yang meninggal dunia pada Mei lalu.

Ibu beranak dua, Debra Parsons, 41, berkata, dia mahu menjadikan abu mayat ibunya itu sebagai ‘perencah’ hidangan ayam belanda dan puding sebagai pencuci mulut yang akan dihidangkan sempena perayaan itu.


Katanya, sejak kematian ibunya, Doreen Brown, dia mengambil sesudu abu mayat setiap hari supaya berasa rapat dengan mendiang dan keinginan itu semakin membuak apabila terpaksa menyambut Krismas bersendirian.

Image result for Debra Parsons, 41

“Hanya itu dapat membantu saya melalui sambutan Krismas pertama tanpa kehadiran ibu.

“Orang mungkin menyangkakan saya gila atau tidak menghormati mendiang tetapi saya tidak boleh berhenti melakukannya.


“Saya melihatnya dari sudut positif, supaya hubungan kami lebih rapat dan dia sentiasa bersama keluarga. Saya rasa dia turut ‘hidup’ apabila sebagi dengan diri saya, dan bernafas melalui tubuh saya. Nafas saya adalah nafasnya,” kata Parsons.

Kematian Doreen akibat sesak nafas selepas dia mengalami jangkitan di dalam dada.

Ia kematian kedua dihadapi Parsons selepas kehilangan anak lelakinya pada Krismas 1996 yang dilahirkan pramatang.


Dia mengalami kesukaran menerima kematian itu selama bertahun-tahun dan kematian ibunya lebih memburukkan keadaan.

“Saya dan ibu mempunyai hubungan yang sangat rapat dan tiada apa yang boleh memutuskannya walaupun kematian,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.