Header Ads

(11 Gambar) Lucu! Reaksi Spontan Wajah Anjing Jantan Ini Apabila Dipakaikan Aksesori Untuk Sambutan Hari Krismas..


Menjadi pemilik kepada haiwan peliharaan kesayangan pasti menggembirakan hari-hari anda. Telatah lucu dan selamba mereka pasti akan buat anda tertawa.

Pemilik seekor anjing Husky Siberia, Jasmine, sememangnya bertuah kerana memiliki anjing yang sangat baik walaupun dia nampaknya tidak suka menyambut Krismas yang akan datang. Wajah garangnya menunjukkan dia seolah-olah memang tidak berminat untuk menyambut Krismas.


Jasmine menemui Anuko ketika dia berumur 5 minggu, ketika dia sedang bergelut dengan masalah kesihatan mental pada masa itu dan mendengar bahawa ramai yang sepertinya dapat dirawat dengan memelihara seekor anjing. Mereka kemudian mempunyai ikatan yang sangat baik dan rapat. Anuko telah memainkan peranan besar dalam pemulihan kesihatan Jasmine.

Oleh itu, walaupun Anuko mungkin kelihatan tidak menyukai Krismas, tetapi dia sebenarnya tidak begitu membenci Krismas. “Dia suka Krismas dalam keadaan sejuk tetapi dia mula tidak suka apabila ada hiasan yang dia tidak dapat sentuh, makanan yang dia tidak boleh makan dan apabila saya memakaikannya dengan pakaian Krismas,” jelas Jasmine.














No comments

Powered by Blogger.