Header Ads

Wanita Meninggal Dunia Selepas Menjalani Pembedahan Menyedut Lemak..

Gambar sekadar hiasan
CHENNAI: Seorang wanita Singapura berusia 35 tahun yang menjalani pembedahan menyedut lemak di selatan India meninggal dunia pada Khamis akibat serangan jantung, selepas beberapa jam pembedahan selesai.


Alicia Medanin Khan dimasukkan ke Hospital S R Multi Specialty di Arubakkam di sini pada pagi Rabu untuk mengurangkan lemak daripada 85 kilogram (kg) berat badan asalnya.


Menurut suaminya, Vijayakumar yang merupakan seorang ahli perniagaan di Singapura, dia dihalang untuk berjumpa Alicia selepas pembedahan itu kerana mengalami beberapa komplikasi, lapor Times of India.

Kata Vijayakumar, dia dimaklumkan mengenai kematian isterinya yang disebabkan oleh serangan jantung iaitu pada pukul 1.30 petang Khamis.

Pihak doktor menolak permintaannya untuk mendapatkan butiran lanjut tentang keadaan Alicia dan mayat wanita itu dihantar untuk bedah siasat.

Pemandangan luar hospital S R Multi Specialty yang terletak di Arubakkam, Chennai. - Practo

"Kami selesai pembedahan pada pukul 5.30 petang pada Rabu dan wanita itu dipindahkan ke wad pasca-pembedahan yang dipantau oleh pegawai perubatan.

"Selepas hampir enam jam, dia meninggal dunia akibat serangan jantung," kata wakil pihak hospital.


Menurut laporan Times of India, Vijayakumar telah membuat laporan polis terhadap para doktor yang terlibat dan pihak pengurusan hospital kerana tidak mendedahkan keadaan kesihatan isterinya sebelum dan selepas pembedahan dijalankan.

Lelaki itu mendakwa isterinya meninggal dunia disebabkan oleh kecuaian pihak hospital.


Pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian luar biasa buat masa ini.

"Kami akan siasat kes ini dan memasukkan laporan bedah siasat yang mengesahkan kematian pesakit adalah disebabkan kecuaian," kata polis penyiasat kepada Times of India.

No comments

Powered by Blogger.