Header Ads

Wanita Ini Dijangkiti Penyakit 'Oral Herpes' Selepas Cuba Gincu 'Tester' Di Butik Kecantikan Terkenal..


Seorang wanita di California menyaman sebuah gedung yang menjual alat kecantikan kerana mendakwa di dijangkiti penyakit herpes oral selepas mencuba gincu sampel di gedung tersebut yang terletak di Los Angeles.

Herpes oral merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan bintik-bintik seperti kudis tumbuh di bahagian bibir, gusi, lidah dan dalam pipi. Penyakit ini boleh berjangkit melalui air liur atau kulit yang telah dijangkiti.


Mangsa, Elena Davoyan, mendakwa dirinya tidak pernah menghidapi penyakit tersebut sebelum ini dan menyelar butik alat kecantikan tersebut kerana gagal mengeluarkan sebarang amaran tentang risiko apabila menggunakan produk sampel mereka.


Elena juga dipercayai mendakwa butik tersebut tidak mengambil langkah kebersihan untuk mengelakkan kepada jangkitan herpes seperti menyediakan swabs pengelap atau berus penyapu lipstik yang lain.

Sementara itu, pihak butik berkenaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa keselamatan pelanggan yang datang ke butik mereka adalah menjadi perkara yang diutamakan pihak mereka.


“Adalah menjadi dasar kami untuk tidak memberi komen mengenai sebarang hal berkenaan tindakan undang-undang, namun, kesihatan dan keselamatan klien kami adalah yang paling utama. Kami sangat mengambil kira tentang kebersihan dan sentiasa mengamalkannya di gedung-gedung kami.

Sumber- TheSun

No comments

Powered by Blogger.