Header Ads

(VIDEO) Wanita Dikurung, Didera & Diseksa Selama 10 Tahun Dibilik Bawah Tanah Hingga Melahirkan 2 Orang Anak..


GIZZERIA (Itali) – Polis Itali menyelamatkan seorang wanita Romania yang hidup dalam penderitaan apabila dikurung serta diseksa selama 10 tahun di sebuah bilik bawah tanah berhampiran bandar Gizzeria, selatan Itali.

Wanita yang tidak didedahkan namanya itu dikatakan tiba di Itali ketika berusia 19 tahun untuk menjaga seorang wanita warga emas, lapor akhbar tempatan, La Repubblica.


Bagaimanapun, sejak kematian jagaannya itu, anak lelaki warga emas berkenaan mula mendera mangsa yang kemudian dikurung di beberapa apartmen sebelum dibawa ke bilik bawah tanah itu.

Image result for Italian Tortured Romanian Woman in a Basement for 10 Years (Vi

Related image

Mangsa dirantai pada katilnya selain dirogol berkali-kali oleh suspek yang kini berusia 50 tahun sehingga mempunyai dua anak berusia tiga dan sembilan tahun, kata pihak berkuasa.

Suspek turut memaksa anak lelaki berusia sembilan tahun itu menyeksa mangsa.


Kejadian itu berjaya dikesan selepas polis melihat kanak-kanak lelaki itu dihantar ke sekolah dalam keadaan tidak terurus sebelum melawat rumah mereka.

Gambar yang didedahkan polis di media sosial menunjukkan keadaan bilik bawah tanah tempat mangsa dikurung yang dipenuhi sampah, kotak buruk selain makanan luput tarikh serta roti berkulat.

Image result for Italian Tortured Romanian Woman in a Basement for 10 Years (Vi

Selain itu, tempat tidur mangsa juga hanya dibuat daripada kotak buruk manakala sebuah tong sampah dijadikan tempat membuang air.


Mangsa diseksa setiap hari dengan ditumbuk selain luka akibat kecederaan daripada tali pancing namun langsung tidak diberikan sebarang rawatan.

“Lelaki terbabit didakwa atas kesalahan menganiaya keluarga, perhambaan dan keganasan seksual,” kata polis. – Agensi/myMetro Online

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.