Header Ads

(VIDEO) “Saya Akan Biar Kamu Semua Tengok Saya Mati, Saya Tidak Akan Kembali, Saya Dah Fikir Masak-Masak,” Cubaan Seorang Lelaki Bunuh Diri Dengan Meneguk Racun Secara ‘Live’ Di Facebook..


THAILAND- Akibat tekanan emosi, kemurungan ataupun berada di bawah pengaruh dadah menjadi antara punca seseorang individu cuba untuk bunuh diri.

Individu yang mahu meragut nyawa sendiri juga selalunya melakukan perkara bodoh itu di luar pengetahuan orang ramai secara tersembunyi.


Namun lain pula ceritanya dengan seorang lelaki dari Thailand ini yang cuba membunuh diri dan disiarkan secara live menerusi laman Facebook.

Lapor Bangkok Post, Kang Krasang cuba melakukan cubaan bunuh diri itu dengan meneguk racun perosak beberapa kali secara langsung melalui akaun sosialnya.


“Saya tidak akan kembali, saya dah fikir masak-masak, saya sudah tiada lagi keinginan nak hidup.

“Saya sayang kekasih saya tapi saya minta maaf kerana terpaksa lakukan ini (bunuh diri),” katanya.


Sebelum kejadian, Kang memuat naik gambar sebotol racun perosak dan status memohon maaf kerana dia sudah tidak mahu hidup biarpun mengakui masih sayangkan ramai orang di sekelilingnya.

“Saya akan biar kamu semua tengok saya mati,” tulis Kang menerusi kapsyen video tersebut.

Rakan-rakan yang menonton siaran ‘live‘ itu segera melaporkan cubaan bunuh diri Kang kepada pihak polis setelah melihat dirinya rebah selepas meneguk racun berkenaan.


Pemuda berusia 28 itu kemudiannya dijumpai di sebuah hotel di daerah Maung oleh pihak polis dan mangsa segera dikejarkan ke sebuah hospital.

Mujur Kang sempat diberikan rawatan kecemasan dan dia kini dilaporkan stabil biarpun keadaannya masih lemah.


Status terbaharu Kang yang dimuat naik pada Selasa mengatakan bahawa dia mahu memulakan hidup baru dan menyesal dengan tindakan kurang cerdiknya.

“Doktor suruh saya berehat. Terima kasih atas sokongan semua, mulai sekarang saya nak mulakan hidup baru,” katanya.

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.