Header Ads

(VIDEO) Petani Yang Kemurungan Ini Mendaki Gunung Untuk Bunuh Diri Selepas Alami Masalah Kewangan Teruk, Tetapi Menemui Sesuatu Yang Tidak Dijangka Dan Telah Mengubah Kehidupannya & Menjadi Inspirasi Orang Lain Hingga Kini..


Apabila petani ini mengalami masalah kewangan yang sangat serius dan tidak boleh diatasi, beliau telah mengambil keputusan mendaki pergunungan untuk mengakhiri kehidupannya. Namun, suatu petunjuk telah muncul di depan mata petani ini lalu mengubah kehidupan buat selama-lamanya.


Akinori Kimura adalah seorang petani dari wilayah Aomori di Jepun dan telah mengahwini keluarga petani yang menanam epal semenjak berusia 22 tahun


Semenjak usia muda, Akinori telah berusaha keras menjadi seorang petani yang sangat gigih dan bercita-cita besar. Dengan menjadi petani berpengalaman selama berdekad lamanya, beliau telah menjadi petani yang mengeluarkan tanaman epal berskala besar dengan menggunakan teknik agro kimia. Namun begitu, akibat penggunaan racun serangga dan baja kimia yang kerap telah menyebabkan alahan penyakit kulit yang sangat teruk dan kebengkakan pada wajah isterinya.

Mencari jalan penyelesaian, Akinori telah menemui satu buku di kedai buku tempatan, yang telah memberinya inspirasi untuk menanam epal menggunakan kaedah pertanian semulajadi


Menurut Akinori kepada NHK, “Saya tidak ingat dengan jelas sudah berapa kali saya telah membaca buku tersebut.”

Malangnya, selepas Akinori berhenti menggunakan racun serangga, pelbagai serangga perosak tanaman telah menyerang ladang epalnya. Dan selepas itu telah menular kepada penyakit tanaman membawa bakteria, yang telah menyebabkan daun dari pokok-pokok epal telah gugur sebelum tibanya musim luruh.


Akinori Kimura telah mencuba pelbagai cara untuk memulihkan pokok-pokok epal yang hampir mati itu, namun tidak menemui sebarang kejayaan


Walaupun selepas empat tahun berlalu, kesemua pokok epal di ladang tersebut tidak mengeluarkan buah dan pada tahun kelima, kesemua pokok epal tersebut menjadi layu.

Akinori Kimura mengalami kesukaran dan masalah kewangan yang sangat besar berikutan kegagalan ladang epalnya mengeluarkan hasil selama tempoh lima tahun


Pada tahun keenam, Akinori Kimura menjadi murung dan telah kehilangan kesemua harapan untuk hidup. Akhirnya beliau telah mengambil keputusan untuk mengakhiri kehidupannya di Gunung Iwaki. Dan tanpa disedari, suatu perkara di luar jangkaan telah berlaku!

Semasa Akinori mencari tempat yang sesuai untuk mengakhiri riwayat hidupnya, beliau telah melihat pokok acorn (salah satu spesies oak) yang sedang berbunga dengan mekar dan cantik. Dengan meneliti secara dekat telah membuat Akinori termenung seketika bagaimana pokok ini boleh bertahan di dalam hutan tanpa menggunakan sebarang penggunaan racun serangga.

Dengan niat asal yang telah dilupakan, Akinori telah menyelidiki keadaan pokok tersebut untuk mengetahui ‘rahsia’ yang tersembunyi sehingga membuat pokok ini berbunga mekar dan akan mengeluarkan buah dengan banyak tidak lama lagi. Beliau kemudian telah menggali tanah di sekeliling pokok acorn tersebut dan amat terkejut apabila melihat keadaannya yang sangat lembut dan gebu.


Akinori Kimura menceritakan kepada Japan Times, “Jika saya boleh membaik pulih dan mengeluarkan tanah jenis ini secara semulajadi kepada persekitaran, saya akan menemui kejayaan.”

Selepas menemui penemuan baru tersebut, Akinori Kimura telah menjalankan beberapa ujikaji dengan mencuba pelbagai jenis tanah dan menyelidiki sifat serangga perosak yang telah merosakkan tanaman epal di ladangnya.

Akinori Kimura telah berusaha mencari jalan untuk menghasilkan semula ekosistem yang berada di Gunung Iwaki ke atas ladang epalnya


Untuk membuahkan hasil, Akinori telah membiarkan ladang epalnya ditumbuhi lalang dan rumpai tanpa menebas dan membuangnya.

Dengan tanpa menggunakan racun serangga, Akinori telah menggantikan serangga yang berfaedah untuk memakan serangga perosak tanaman


Untuk melindungi pokok-pokok epal dari sebarang penyakit bakteria, Akinori telah menyemburnya dengan cecair berasaskan cuka yang lembut.

Akhirnya, pada tahun kesembilan dengan mengharungi segala keperitan dan pahit getir sehingga hampir mengambil nyawanya, kesemua pokok epal di ladangnya telah berbunga dengan lebat pada satu musim bunga yang sangat indah


Akinori Kimura percaya bahawa alam semulajadi telah membantunya membawa kekuatan secara semulajadi kepada pokok epal di ladangnya, lalu menukar rasa buah epal menjadi lebih sedap, manis dan berkualiti


Katanya, “Saya rasa dengan mengekalkan pelbagai jenis rumput di ladang tersebut telah menyeimbangkan kehidupan organisma di situ.”


Akinori Kimura berkata lagi, “Saya hanya akan menggunakan kaedah pembentukan ekosistem yang memudahkan pokok epal untuk membesar dengan baik dan mudah.”


Kini , Akinori Kimura telah berjaya menjadi petani contoh yang terkenal di Jepun kerana telah berjaya memperkenalkan teknik penanaman epal secara besar-besaran tanpa menggunakan sebarang racun serangga dan baja kimia


VIDEO:


Kredit; Era Baru

No comments

Powered by Blogger.