Header Ads

(VIDEO) Kejam! Badan Anjing Disiram Air Sejuk Oleh Tuan Sendiri Dan Dibiarkan Mati Membeku Dalam Ais Diluar Rumah Ketika Suhu -32 Celcius..


RUSIA-Seorang pemilik anjing telah melakukan perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap anjing peliharaannya dengan membiarkan binatang itu mati dalam keadaan beku di Rusia.

 The frightened dog's eyes were wide open when rescuers found her frozen to the ground

Lelaki itu, telah menyiram air sejuk ke atas badan anjing berkenaan dan meletakkannya di luar rumah ketika suhu mencecah bawah -32 C.


Namun anjing berwarna putih berkenaan ketika itu masih bernafas meskipun badannya diselaputi ais. Kejadian itu berlaku di Yakutsk, iaitu bandar yang paling sejuk di dunia.

 The dog was filmed pathetically waving her paw for help

Binatang malang itu cuba diselamatkan oleh aktivis binatang dengan membawanya ke klinik haiwan. Bagaimanapun di sebalik usaha bersungguh-sungguh yang dilakukan, mereka gagal menyelamatkan anjing yang berusia setahun itu.

 Her cruel owner had deliberately soaked he in water and left her outside in -32C Siberia

“Matanya…saya tidak akan melupakannya. Pernahkah anda melihat manusia yang mahu hidup tetapi hampir mati?


“Mata manusia itu sama seperti anjing tersebut, sukar untuk dijelaskan semuanya,’’ kata salah seorang aktivis wanita yang menyelamatkannya.

Susulan perbuatan kejam itu, satu petisyen yang ditandatangani oleh lebih 10,000 penduduk Rusia dilakukan bagi menuntut pelaku perbuatan kejam itu dibawa ke muka pengadilan.

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.