Header Ads

(VIDEO) Jihan Muse Dan Bell Ngasri Buat Parodi Lagu ‘Tak Tun Tuang’ Buat Netizen Terhibur Dan Tak Kering Gusi..


HAMIL bukanlah halangan bagi pengacara dan pelawak Jihan Muse untuk terus ‘beraksi’ bersama dnegan Bell Ngasri bagi menjayakan video parodi dalam rancangan Meletop di saluran Astro.

Jihan dan Bell nampaknya sekali lagi telah membuat kecoh dengan membuat parodi lagu Indonesia yang kini semakin popular di sini, iaitu lagu Tak Tun Tuang nyanyian Upiak Isil.


Jihan dengan selamba mengenakan baju-T berwarna merah jambu, berkain batik serta mengikat rambut tocang dua dan turut memakai bedak sejuk di mukanya!


Tak ketinggalan, Bell turut memainkan watak yang sama dengan mengenakan baju t warna sama dengan menyarung kain pelikat.

Video parodi mereka telah dimuat naik menerusi akaun Youtube Meletop dan kini sudah mencapai sebanyak 312 ribu kali tontonan.


Ramai yang memuji kelincahan Jihan walaupun sedang hamil, namun dia masih lagi mampu melakonkan parodi itu dengan baik sekali.


Netizen juga tak henti-henti memberi komen positif mengatakan bahawa mereka sangan terhibur dengan gelagat kedua-dua pelawak itu.

Sebelum ini, Jihan dan Bell pernah juga membuat fenomena apabila mereka turut membuat parodi lagu I Am Me, nyanyian DSV.


Malah, setiap minggu sahaja mereka berdua ini tak pernah mengecewakan penonton rancangan Meletop dengan lakonan parodi mereka yang bersahaja.

Lagu Tak Tun Tuang itu bagaikan sudah menjadi fenomena selepas ramai artis tempatan turut menyanyikan semula lagu tersebut, termasuklah Wani Hasrita dan Wani ‘terpengaruh’ dengan rentak lagu itu

VIDEO:


No comments

Powered by Blogger.