Header Ads

Video Aliran Pam Perlahan.. Ini Penjelasan Dari PETRONAS



PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) menjelaskan kuantiti minyak diisi tidak berkurangan walaupun kelajuan aliran pam adalah perlahan sebagaimana video ditular baru-baru ini.

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan segera dan mendapati hanya pam berkenaan sahaja mengalami kerosakan dan ia telah diperbaiki.

"Bagaimanapun masalah teknikal yang dialami adalah berkaitan dengan kadar kelajuan aliran pam dan bukannya perbezaan dalam kuantiti minyak yang diisi seperti didakwa.


Dalam pada itu PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) berkata, kejadian tersebut berlaku di PETRONAS Simpang Pulai Arah Selatan dan pam tersebut telah diperbaiki dan beroperasi seperti biasa.

Sebelum ini tersebar di media sosial video menunjukkan meter pam di stesen minyak PETRONAS bergerak laju tetapi aliran minyak yang keluar perlahan.

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) menegaskan, bahawa semua pam di stesen PETRONAS sentiasa dikalibrasi dan gangguan teknikal itu merupakan kes terpencil.


Sehubungan itu beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu dan pada masa yang sama PETRONAS sentiasa menghargai maklum balas pengguna.

"Kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan bagi memberikan pengalaman terbaik untuk para pelanggan di semua stesen kami," katanya

Untuk sebarang aduan atau maklumat, hubungi ejen khidmat pelanggan kami di talian hotline 1-300-88-8181 atau email mesralink@petronas.com.my.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh layari laman web Mymesra.




No comments

Powered by Blogger.