Header Ads

Tukang Gunting Jalanan 'Bersihkan' Bola Mata Pelanggan Dengan Pisau Cukur Selama 40 Tahun..


CHINA- Seorang tukang gunting rambut veteran mendedahkan bagaimana dia mampu membersihkan bola mata manusia dengan pisau cukur selama lebih dari 40 tahun tanpa sebarang masalah.
Image result for Xiong Gaowu, 62

Xiong Gaowu, 62, mempunyai kemahiran tersendiri, berbeza dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh tukang gunting atau pendandan rambut biasa.

Related image


Image result for Xiong Gaowu, 62

Dia dianggap seorang pakar pencuci dan pengikis bola mata, apabila menggunakan sebilah pisau cukur satu besi nipis untuk membersihkan mata pelanggannya.



Related image

Proses lima minit itu termasuklah menarik kelopak mata di bahagian atas dan bawah sehingga bola mata tertonjol.


Bola mata kemudian dibersihkan dengan cara mengikis permukaannya dengan pisau cukur tajam.

Pembersihan kedua-dua kelopak mata, atas dan bawah dilakukan secara berasingan.



Iodin digunakan untuk tujuan pensterilan sebelum ubat titis mata diletakkan pada bilah pisau.

Related image

Dia dilaporkan mendakwa tidak pernah berdepan masalah melakukannya selama lebih dari 40 tahun.


Kaedah ini membolehkannya membersihkan bahagian dalam kelopak mata, supaya pelanggan dapat melihat dengan lebih jelas dan terang.

Related image



Tetapi perkhidmatannya itu hanya ditawarkan kepada pelanggan berusia 30 tahun ke atas.


Related image

Ini kerana orang muda tidak mempunyai sebarang kotoran di mata mereka, lapor People’s China Daily.


Kedai gunting rambutnya yang 'terbuka' ini terletak di Chengdu, ibu negara barat daya wilayah Sichuan China.


Related image

No comments

Powered by Blogger.