Header Ads

“Trauma, Hanya Nampak Tangan Anak Sahaja Dalam Lubang Tandas.” Ibu Bapa Saman Menteri & Pengetua, Anak Lelaki Usia 5 Tahun Mati Lemas Dalam Tandas Sekolah..



AFRIKA- Seorang ibu tidak dapat menahan air mata tatkala menceritakan bagaimana dia menemui mayat anak lelakinya yang berusia lima tahun, lemas di dalam mangkuk tandas di sekolah.

Michael Komape, merupakan pelajar di sekolah rendah Mahlodumela di wilayah Limpopo di Afrika Selatan. Dia hilang selepas ke tandas.


Menurut Rosina ketika memberikan keterangan di mahkamah, dia mendapat panggilan daripada pengetua yang memaklumkan bahawa anaknya terjatuh ke dalam mangkuk tandas.


Apabila tiba di sekolah, dia hanya melihat tangan anaknya dan tidak dapat melihat keseluruhan badan kanak-kanak berkenaan.

Insiden itu, katanya menyebabkan dia dan keluarganya menjadi trauma, meskipun ia berlaku pada 2014 lalu.


Rosina dan suaminya James telah memfailkan saman terhadap Menteri Pendidikan yang enggan bertanggungjawab terhadap kejadian lemas itu. Pasangan itu mendakwa tandas terbabit tidak sesuai untuk digunakan oleh manusia.


Menurut BBC, selain Menteri Pendidikan, James dan Rosina juga menyaman pengetua sekolah kerana cuai serta melanggar hak pendidikan asas kepada pelajar.


Pihak defendan bagaimanapun berpendapat kematian kanak-kanak itu adalah disebabkan oleh kemalangan, bukan kecuaian.

Perbicaraan kes saman ini dijangka mengambil masa selama tiga minggu.


No comments

Powered by Blogger.