Header Ads

“Toilet DUDUK Gunanya Untuk Anda Duduk, BUKAN Mencangkung Kat Atas Tu. Urat Betis Anda Boleh Putus Kalau Cangkung. Ini Bukan Mitos.” –Dr.Mahyuddin..


Menurut pakar bedah ortopedik Doktor Mahyuddin pagi tadi. , info yang dikongsikan beliau itu bukanlah mitos dan sudah banyak kes yang berlaku.

"Toilet duduk gunanya untuk anda duduk, bukan mencangkung di atasnya. Urat betis anda boleh putus kalau cangkung. Ini bukan mitos," tulisnya. 


Bagaimanapun ada segelintir netizen yang berasa keliru dengan tweet tersebut, sehingga beranggapan membuang air besar secara mencangkung akan menyebabkan urat betis terputus.


"Ada yang salah faham mengenai post saya pagi tadi mengenai putus urat betis (Achilles Tendon) akibat mencangkung di tandas duduk. 


"Sebenarnya, kedudukan mencangkung itu sendiri tidak memutuskan urat, yang buat jadi urat putus ialah apabila berat pencangkung yang melebihi kemampuan menampang mangkuk jamban, lantas jamban itu pecah dan putuskan urat betis. Sudah banyak kes yang terjadi. 


"Jamban itu tak bersalah, mencangkung tak bersalah, jamban duduk dan jamban cangkung pun tak bersalah. Yang salah ialah mencangkung di atas tandas duduk. Ini pun masalah sikap/perangai/attitude kita juga. 

"Jika anda suka mencangkung, cangkunglah di tandas cangkung. Itulah gunanya ada tandas jenis duduk dan tandas cangkung," jelasnya.

No comments

Powered by Blogger.