Header Ads

Tangan Bertukar Hitam Dan Terpaksa Dipotong Selepas Di Gigit Kucing Peliharaan..



Seorang lelaki dari Oregon, Amerika Syarikat, menderita penyakit misteri yang hampir meragut nyawanya apabila kesemua jari kaki dan tangannya menjadi hitam selepas digigit kucing kesayangannya.


Kejadian dikatakan bermula pada Jun 2012 apabila Paul Gaylord, 60, di gigit kucing kesayangannya ketika sedang diberikan makanan. Paul dikejarkan ke hospital selepas kesemua jarinya membengkak, dan beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dengan alat bantuan penafasan.


Menurut laporan The Sun, Paul koma dalam tempoh masa yang panjang dan disahkan rosak paru-parunya.


Penyakit misteri tersebut adalah dikatakan berpunca daripada virus tikus yang dihidap oleh kucingnya. Disebabkan itu, kesemua jari Paul terpaksa di potong.


Sumber: The Sun

No comments

Powered by Blogger.