Header Ads

"Suamiku, Inilah Tanda 'Cinta' Kita". Ibu Ini Sempat Peluk Dan Cium Anak Sebelum Pergi Buat Selamanya Selepas Melahirkan Bayinya Melalui Pembedahan Kerana Mengalami Kanser Rahim Tahap 4..



“Tidak ada yang lebih berharga dari hidup ini. Jika disuruh untuk memilih antara anak atau nyawa diri sendiri, saya tetap akan memilih anak”

Inilah sebuah kisah yang sangat menyentuh jiwa tentang pengorbanan seorang ibu pada anaknya..


Wenqing dan suaminya bekerja buruh kasar di Shanghai. Pada bulan Mac tahun lalu, Wenqing membuat keputusan untuk berhenti dari kerja buruh kasar dan pulang ke rumah disebabkan risau akan risiko Wenqing yang mengandung di lewat usia 38. Buat Wengqing dan suaminya, inilah saat yang telah lama mereka menantikan dengan kehadiran cahaya mata yang bakal menceriakan dan menyempurnakan kehidupan rumahtangga mereka.


Selepas pulang beberapa lama, Wenqing rasakan tidak sedap badan dan semakin tidak sihat. Dia merasakan tidak bersemangat dan tidak ada nafsu makan. Keluarganya menganggap kemungkinan ini adalah salah satu alahan yang dihadapi oleh wanita-wanita mengandung dalam fasa pertama. Ketika kandungannya mencecah 16 minggu, Wenqing tiba-tiba merasa sakit perut. Bimbang keadaan kandungannya, mereka memutuskan untuk terus ke klinik untuk menerima rawatan dari doktor.


Selepas membuat ujian, doktor telah diagnosiskan Wenqing menghidapi barah di dalam rahim. Wenqing segera di rujuk ke hospital besar untuk membuat ujian saringan  oleh doktor pakar pula.

Selepas  sebulan, hasil diagnosis akhir telah keluar. Keputusan itu sangat mendukacitakan mereka,  kansernya sudah berada di peringkat 4 dan sudah merebak ke usus dan organ hati. Doktor menyarankan agar operasi pembedahan dan kimoterapi dijalankan dengan segera. Dan paling menyedihkan, Wenqing akan kehilangan bayinya.


Selepas mendapat tahu tentang penyakitnya, Wenqing cuba tabahkan hati dan kuatkan diri supaya tidak bersedih dan menangis kerana risau emosinya yang tidak stabil akan menjejaskan kandungannya. Wenqing telah membuat keputusan yang terbesar dalam hidupnya. Dia sanggup berkorban apa saja demi anak dalam kandungannya walau nyawa menjadi galang gantinya. Wenqing memberitahu doktor.

“Doktor, saya tidak akan melakukan pembedahan dan kimoterapi, kanser saya sudah berada di tahap akhir, walau saya jalani pelbagai rawatan, penyelesaiannya saya akan pergi jua, jika saya tidak mengandung sekalipun, hidup saya juga tidak akan lama. Saya tidak mahu suami saya hilang kedua-duanya. Jadi, biarlah saya teruskan dengan keadaan saya sekarang ni, saya mahu anak dalam kandungan saya dilahirkan sebagai peneman buat suami saya tika saya sudah 'tinggalkan' dunia ini, saya sanggup menahan kesakitan dalam diri ini demi anak ini. Anak inilah tanda cinta saya dan suami”. Tutur kata yang diluahkan oleh Wenqing membuatkan doktor dan jururawat mengalirkan air mata.

3 bulan Wenqing terpaksa menahan rasa sakit kanser yang sedang 'memamah' dalam badannya, Wenqing tetap kuatkan dirinya, demi anak dalam kandungannya. Dia cuba kuatkan diri dengan sentiasa berbisik pada anak dalam kandungannya supaya turut bertahan dan terus kuat untuk lahir ke dunia.


Pada usia kandungannya 28 minggu, keadaan hati dan usus Wenqing semakin parah, kanser semakin teruk menyerang, badan Wenqing tidak lagi mampu bertahan, dan kemudian doktor segera  menjalani pembedahan demi menyelamatkan nyawa bayi dalam kandungan Wenqing. 

Akhirnya lahirlah seorang bayi lelaki yang comel, sihat dan sempurna dari perut seorang ibu yang tabah dan kuat, Wenqing terus menangis sambil memeluk dan mencium anak yang dicintainya buat pertama kali dan terakhir dan berkata "Suamiku, inilah tanda 'cinta' kita". 


Selepas 5 minit, Wenqing telah 'pergi' dengan memeluk erat anaknya disisinya. Wenqing memberitahu, dengan kehadiran anaknya itu telah membahagiakan hidupnya.

Suami Wenqing menamakan anaknya Zhang Siqing, dan sentiasa memberitahu pada anaknya bahawa orang yang paling sayang dan cintakan dirinya adalah ibunya. Sekarang Siqing sudah berusia 3 tahun, dia membesar dengan sihat dan pintar.


Sungguh besar pengorbanan seorang ibu ! Hargailah jasa ibu anda, jangan biarkan tangisan ibu anda mengalir kerana kecewa pada anda, biarlah air mata ibu mengalir kerana kejayaan kita..

Penulisan diolah kembali oleh: Puan Amyra.

No comments

Powered by Blogger.