Header Ads

Suami Isteri Ini Sanggup Makan Rumput Demi Untuk Selamatkan & Membiayai Rawatan Anak..



Sepasang suami isteri bertindak memakan rumput demi menghiburkan orang ramai semata-mata mendapatkan wang untuk menyelamtkan nyawa anaknya yang sedang sakit.

Seriously ill: Kuang Han, nine, was diagnosed with acute lymphoblastic leukaemia in March

Pasangan itu memberitahu, mereka telah kehabisan wang selepas membelanjakan kesemua wang simpanan serta terpaksa berhutang dengan lintah darat.

Menurutnya, mereka membelanjakan semua wang itu untuk membiayai rawatan anak lelaki mereka berusia sembilan tahun yang menghidap leukemia.


Mereka meminta derma di tepi jalan di bandar Sanhe di wilayah Hebei kerana terdesak dan sebagai balasan mereka akan membuat persembahan dengan memakan rumput.

Xiang Weiling berkata, dia dan suaminya tiada bakat dan satu-satunya persembahan yang mereka boleh lakukan adalah memakan rumput.


“Saya dan suami menjual semua harta dan meminjam daripada semua orang, namun masih belum mencukupi untuk membiayai bayaran perubatan yang tinggi.


“Ini adalah satu-satunya cara yang kami mampu lakukan kini untuk menyelamatkan anak saya,” katanya.


Jelas Kuang Nengyong, 34, memberitahu, dia bekerja sebagai buruh tetapi terpaksa berhenti kerja kerana sakit.


Menurut jurucakap Hospital Yanda di Hebei dimana lokasi anak pasangan itu yang dikenali sebagai Kuang Han dirawat mengesahkan cerita mereka.


Kisah pasangan itu tular di media sosial di China baru-baru ini dan ramai pengguna tampil untuk membantu mereka.

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.