Header Ads

Sayu, Suami Meraung Sambil Kutip Cebisan Daging Isteri Berterabur Di Atas Jalan Selepas Digilis Lori Di Depan Matanya Sendiri.


Indonesia- Seorang suami hanya mampu meraung menangisi nasib isterinya Nani 41 maut digilis lori dalam kemalangan jalan raya Berhampiran padang Golf Bunut kira-kira jam 15:30 semalam.

Suami mana yang tak sedih bila melihat cebisan daging si isteri berterabur di atas jalan… Sayu hati si suami bila melihat isteri yang tersayang digilis lori di depan matanya sendiri.

Satu kejadian kemalangan yang menyayat hati telah berlaku pada pukul 3:30 semalam berhampiran dengan padang golf Bunut, di Sumatera Utara, Indonesia.

Kemalangan jalan raya yang ngeri itu telah meragut nyawa seorang wanita yang dikenali sebagai Nani,41, yang menaiki motosikal bersama dengan suaminya.


Menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Rusdi SH, semasa kejadian, si suami hendak memotong sebuah lori yang berada di hadapan, namun gagal kerana keadaan jalan yang rosak dan telah menyebabkan motosikal mereka hilang kawalan sebelum terbabas serta melanggar tayar sebuah lori.



Keadaan di lokasi kemalangan itu sangat sayu apabila si suami tidak dapat mengawal perasaannya serta meraung sambil mengutip cebisan daging isterinya di atas jalan raya.

Mujur si suami hanya mengalami cedera ringan namun dia tidak dapat menahan perasaannya dan jatuh pengsan beberapa kali sebelum pasukan ambulans sampai di lokasi kejadian.


Ketiga-tiga anak mereka yang berusia antara 12 hingga lapan tahun turut tiba di lokasi kejadian dan terpaksa menenangkan bapa mereka.

Menurut portal Eberita, sebelum kejadian itu berlaku, isterinya berkelakuan agak aneh apabila dia beberapa kali telah keluar masuk ke dalam rumah sebelum mereka bertolak untuk menjenguk saudara yang sakit.

Namun, apabila ditanya, isterinya hanya berkata bahawa dia berasa agak janggal dan seperti ada sesuatu yang tertinggal.


“Saya tanya ada apa? dia cakap macam ada barang tertinggal tapi tak tahu apa,” kata si suami dipetik daripada portal Eberita.

Sementara itu, pemandu lori berkenaan yang dikenali sebagai Mohd. Rahmad telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

No comments

Powered by Blogger.