Header Ads

“Saya Sedih Lihat Doktor & Jururawat Kerajaan Tidak Diberi Penghargaan Dari Masyarakat Atas Jasa Dan Pengorbanan Mereka Kepada Masyarakat.”


Bila depa kata Wanita Hamil boleh balik rumah satu jam lebih awal, saya kata syukur Alhamdullillah, ini lah satu permulaan, satu kemajuan untuk negara yang bercita-cita nak jadi negara maju, satu penghargaan kepada kaum wanita yang sering diketepikan.

Saya harap, lama-lama, saya tak payah lagi dah tulis surat kepada majikan, meminta mengurangkan intensiti dan jumlah masa perkerjaan pesakit ibu hamil saya, terutama sekali untuk ibu hamil yang berkerja sebagai doktor.


Bayangkan lah perasaaan doktor hamil yang kena kerja oncall 24 jam, kemudian tak boleh balik sampai 5 petang, bila depa kata boleh balik satu jam lebih awal. Jadi 24 jam + 9 = 33 jam, tolak satu saja.

Bayangkan lah pula perasaan semua doktor dan jururawat lain, walaupun tidak hamil berkerja tungkus lumus tanpa sebarang aduan, hanya mendengar cerita pesakit yang mencaci doktor dan jururawat di sosial media.

Saya sudah 17 setengah tahun berkhidmat di negara UK sebelum pulang ke tanah air. Di UK, kalau doktor di suruh kerja lebih daripada 48 jam seminggu, mereka memberontak mengadu dan berhenti kerja. Pesakit kena tunggu, kalau tak cukup doktor. Pesakit di suruh pulang cari klinik GP kalau tidak ada kecemasan untuk dirawat di hospital. Tak ada pula saya baca pesakit mencaci doktor dan jururawat secara terbuka di sosial media seperti di Malaysia.


Bila pulang ke tanah air, saya lihat doktor kerja teruk tak pernah mengadu, tetapi pesakit yang mencela dan mencaci doktor di sosial media.

Saya sedih, melihat doktor dan jururawat kerajaan tidak diberikan penghargaan dari masyarakat. Jasa-jasa mereka, titik peluh mereka, perpisahan mereka dari keluarga tersayang kerana bakti khidmat mereka kepada masyarakat.


Lain kali, saya suruh doktor saya balik rumah. Biaq pesakit tunggu. Mungkin mereka akan lebih sayang dan rindu kepada doktor dan jururawat, bila kita tutup hospital dan tutup klinik.

Doktor dan jururawat pun boleh bangkit.

2 comments

Khadijah said...

Setuju. Dr juga manusia dan ada keluarga. Alhamdulillah dan terima kasih atas jasa dan susah payah doktor dan jururawat berkhidnat utk masyarakat. Hanya Allah sebaik2 pemberi ganjaran.

Bkn Marah tp syg said...

Membiarkan pesakit menunggu adalah kejam bg saya. Boikot kaedah tersebut adalah tidak bjjak. Doctor golongan profesional yang terlatih. Menghormati pesakit adalah Satu kewajipan. Pesakit terdiri Dari pelbagai lapisan, Ada yg bijak, Kaya, moral rendah, bodoh dan Malah Ada yg mempunyai masalah mental.. Tidak wajar orang yg sakit yg tidak waras dimarahi Doctor yg menerima Gaji dari wang rakyat.
Niat yg ikhlas, pekerjaan yg mulia tak semestinya harus mendapat sanjungan 100% Dari manusia. Mereka bukan berfikiran sebijak Dan sehebat anda.
Wahai doktor2 yang hebat , Terima kasih atas pengorbanan tuan puan. Berbincanglah secara muafakat, persatuan Dan politik dengan pihak kerajaan Dan pihak bertanggungjawab Supaya mereka yg bijak pandai dan berkuasa ini memahami beban anda.
Terima kasih para doktor Dan jururawat. Semoga jiwamu tetap luhur, gajimu berkat Dan hidupmu sihat sepanjang hayat.

Powered by Blogger.