Header Ads

‘Saya Hampir Mati & Dimasukkan Ke Hospital.’ Wanita Ini Dianiya Oleh Seseorang Dengan Memberi Makan Kek Brownie Yang Mengandungi Ganja..



THAILAND- Seorang model dan jurucakap jelita telah memuat naik posting di media sosial mendakwa dianiaya seorang lelaki yang 'minat' dengannya ketika mereka bertemu dalam satu acara pada hujung minggu.

Thitiporn Waritthanan, 26, dari wilayah Phitsanulok, Thailand, menceritakan kisahnya di laman Facebook drama-drama viral Thai Queen of Black Spades, Khamis.


Dia mendakwa, ketika bekerja sebagai jurucakap produk untuk satu jenama alkohol di sebuah pub terkenal di wilayah Sukothai, malam Sabtu lalu, dia bersama dua model lain yang bekerja untuk acara itu dihadiahkan sekotak brownie coklat mengandungi ganja oleh seorang lelaki di kelab tersebut.

Disebabkan lapar, Waritthanan telah makan lima potong brownie tersebut manakala seorang lagi rakannya hanya makan dua potong.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman makan brownie ganja, anda mungkin tahu bahawa sepotong sahaja sudah cukup 'kuat' bagi seorang pengguna yang berpengalaman dan biasanya ia hanya dimakan separuh atau suku sahaja.


Jika ia disediakan dengan sempurna, dadah jenis ini biasanya tidak akan dapat dikesan dengan bau atau rasanya.

Memandangkan dia mendakwa tidak pernah berpengalaman tetapi mengambilnya dalam kuantiti yang banyak, kesannya dapat dirasakan begitu cepat.

Dia berasa sangat dahaga, jantung berdegup kencang dan penglihatannya menjadi kabur.

-Gambar hiasan brownie (atas) dan surat pengesahan doktor.

"Di pub, saya berada dalam keadaan khayal, jadi saya minum sebotol besar air. Kemudian saya cuba bercakap di pentas dan saya hampir jatuh. Saya hanya cuba memegang kawan saya."

Apabila dia sampai ke hospital, doktor mengandaikan dia mengalami tindak balas alergi dan memberinya 'antihistamin' sebelum menyuruh dia pulang.

Pada Ahad, dia masih tidak sihat dan pergi ke Hospital Buddhachinaraj Phitsanulok, di mana mereka melakukan ujian dadah dan didapati positif ganja.

Rakannya juga diuji dan mereka membuat laporan polis terhadap lelaki yang menghadiahkan brownie tersebut kepada mereka.


Dia mendakwa lelaki terbabit telah memintanya menarik balik maklumat yang telah disebarkan dalam talian, tetapi dia enggan melakukannya.

Wanita itu menulis: "Saya dimasukkan ke hospital dan hampir mati kerana ditipu dengan diberi makan brownie. Nota doktor membuktikan bahawa ia mengandungi ganja, seperti yang saya syak. Ini berlaku di sebuah pub terkenal di Sukhothai. Saya makan lima potong kerana saya lapar."

Katanya, dia berkongsi kisahnya itu sebagai cara untuk memberi amaran dan pengajaran kepada orang lain. -coconuts


No comments

Powered by Blogger.