Header Ads

Sakti Kencana Fitri Anak Perempuan Fynn Jamal..



Selepas berkongsi hasrat untuk mengambil anak angkat beberapa bulan lalu, penyanyi Fynn Jamal sekali lagi berkongsi berita gembira tentang si comel itu.

Berita yang kami maksudkan ialah, Fynn telah berkongsi nama si comel itu dengan semua pengikut akaun sosial Instagramnya.


‘Sakti Kencana Fitri’, begitulah indahnya nama yang dipilih Fynn kepada bayi perempuannya itu dan rata-rata pengikut di IG senang dengan nama tersebut.

Fynn turut berkongsi beberapa keping foto comel ‘Sakti Kencana Fitri’ di IG dan setiap entri telah mendapat di antara 35 ribu hingga 70 ribu ‘like’ dengan lebih 1,000 komen.


Sebelum ini Fynn telah mengambil seorang anak angkat lelaki, Bakti Arjuna Fitri yang kini sudah pun berusia 5 tahun.











Kredit: Instagram Fynn Jamal / astrogempak

No comments

Powered by Blogger.