Header Ads

Ronaldo Kongsikan Gambar Bayi Kembar Perempuannya, Eva Yang Berusia 5 Bulan..



CRISTIANO Ronaldo baru sahaja menyambut kelahiran bayi keempatnya hasil hubungan dengan kekasih Georgina Rodriquez.

Bagaimanapun bintang Real Madrid itu tetap memastikan dia meluangkan masa berkualiti bersama kesemua anaknya.

Terbaharu, Ronaldo berkongsi gambar dengan bayi kembar perempuannya, Eva yang berusia lima bulan dengan pengikutnya di Instagram.


Gambar tersebut diberi kapsyen dengan emoji berbentuk hati dengan Eva duduk di pangkuannya sambil memakai kardigan merah jambu dan seluar kelabu.

Ronaldo yang jarang berkongsi mengenai anaknya mengalu-alukan kehadiran Eva dan kembarnya, Mateo menerusi kaedah ibu tumpang pada Jun lalu.


Bekas pemain Manchester United itu turut mempunyai seorang anak lelaki diberi nama Cristiano Jr.

Awal bulan ini, Georgina mengumumkan kelahiran bayi perempuannya dan mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan kakitangan hospital di atas sokongan mereka.


"Alana Martina lahir pada 12/11/17. Bergelar ibu dan membesarkan anak-anak di rumah memberikan saya kebahagiaan sepenuhnya. Dan sekarang Alana Martina telah lahir, kami sudah lengkap dan kehidupan kami menjadi lebih bahagia," kata Georgina.



No comments

Powered by Blogger.