Header Ads

'Rindukan Ibu Ayah'.- 2 Beradik Miskin Tekad Bersembunyi & Berpaut Dibawah Bas Sejauh 80KM Untuk Mencari Ibu Bapa..


CHINA- Gambar dan video dua kanak-kanak lelaki warga China yang mengembara sejauh 80 kilometer (km) dengan bersembunyi di bawah bas mencetuskan kemarahan dikalangan netizen terhadap kerajaan negara itu kerana didakwa mengabaikan kebajikan golongan tersebut.


Dua kanak-kanak tersebut yang tidak dinamakan datang dari sebuah perkampungan miskin di selatan Guangxi dan cuba mencari ibu bapa mereka yang bekerja di wilayah Guangdong.


Guru dua kanak-kanak terbabit melaporkan mengenai kehilangan mereka pada 23 November lalu.Namun mereka dijumpai berada di bawah sebuah bas.


Gambar dan video menunjukkan kedua-duanya dipenuhi lumpur dan berpaut di bawah bas.

Menurut laporan Southern Morning Post, kanak-kanak berusia sekitar lapan atau sembilan tahun itu ditemui pekerja keselamatan ketika kenderaan itu berhenti di sebuah stesen bas.

Image result for Chinese boys travelled 80 km under bus

Mereka berpaut di bawah bas dalam keadaan jalan yang curam dan pekerja keselamatan itu terkejut apabila mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika ditemui, dua kanak-kanak itu enggan bercakap apabila ditanya punca mereka berbuat demikian.


Namun salah seorang kakitangan stesen bas terbabit membeirtahu Southern Morning Post bahawa dua kanak-kanak itu terlalu merindui ibu bapa mereka.

"Mereka bersembunyi di bawah bas kerana mereka mahu mencari ibu bapa mereka," katanya.

Laporan mendakwa keluarga dua kanak-kanak itu dimaklumkan mengenai penemuan tersebut dan mereka diambil pada petang hari yang sama.



No comments

Powered by Blogger.