Header Ads

Resepi Ayam Teriyaki Paling Cepat Siap. Sesuai Sangat Untuk Anak Yang Tak Makan Pedas...


Dah terlambat nak masak untuk makan malam? Anak-anak pula ‘request’ nak makan lauk ayam? Hah, dari anda masak Ayam Goreng Kunyit je, boleh juga cuba resipi Ayam Teriyaki ni. Mudah, cepat dan tak pedas. Memang sesuai untuk kanak-kanak.


BAHAN-BAHAN:
  • 500gm ayam
  • 1 sudu makan air sejuk
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan kicap cair
  • 1/4 cawan cuka
  • 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 ulas bawang putih| dicincang
  • 1/2 sudu teh serbuk halia
  • Sedikit bijan | disanga

CARA MEMASAK:

  • Dalam periuk kecil, campurkan kesemua bahan kecuali ayam dan biarkan mereneh dan memekat.
  • Lumur ayam dengan sos dan bakar dalam ketuhar pada suhu 175C selama 25 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya.
  • Angkat dan taburkan sedikit bijan yang telah disangai.
  • Nikmatinya bersama nasi.


Info chef: Ayam ni jika lebih lama diperap, lebih enak rasanya. Jika ada lebih masa, boleh perap dengan lebih lama.




Sumber: Rasa

No comments

Powered by Blogger.