Header Ads

Perah Kepala Fikir Nama Baby Girl, Lufya Perkenalkan Laana Haura!


Penyanyi dan pelakon Lufya Omar mendedahkan nama anak sulungnya, Laana Haura.Lufya membuat pengumuman tersebut menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya, @lufyaluvya semalam.

Menerusi entri tersebut, Lufya juga mendedahkan wajah anak perempuan sulungnya yang dilahirkan pada 11 November lalu.


"Bismillahirahmanirahim. Baby L nak umumkan nama hari ini. Thank you aunty-aunty cantik dan uncle-uncle handsome kasi idea dekat mummy nak letak nama apa. 

Lepas tu mummy pun refer kat Ustaz @syedkadir dan isteri @salimahabibi nama apa yang sesuai dengan makna yang baik untuk Baby L.

"Kata Ustaz nak bagi nama ini kena hati-hati supaya nama yang diberikan tidak disesali hingga akhirat tau. Nama yang akan dipanggil di Padang Mahsyar. Goosebump dengar kan. 


"Selepas mummy dan daddy perah kepala fikir nama apa nak kasi akhirnya dengan kata sepakat menamakan baby L dengan nama @laanahaura.

"Laana maknanya lembut, Haura pula putih atau bidadari. Semoga Laana Haura menjadi anak yang baik akhlaknya, cerdik, lemah lembut dalam bertutur, sopan santun, putih dan suci hatinya. Amin," tulis Lufya.


Lufya juga turut membuka akaun Instagram anaknya menggunakan nama @laanahaura.

Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 26 November 2016.


Foto: Instagram Lufya

A post shared by Laana Haura (@laanahaura) on

No comments

Powered by Blogger.