Header Ads

Penjual Ikan Yang Membawa Kereta Uzur Tidak Sengaja Terlanggar Lamborghini, Lalu Dia Merayu Untuk Membayar Ganti Rugi Secara Ansuran. Tapi, Tindakan Pemilik Kereta Mewah Ini Amat Menyentuh Hati!..


Sudah menjadi cukup tragik apabila diri yang kurang berkemampuan terlibat dalam kemalangan dengan kereta orang lain. Dan kereta itu pula merupakan sebuah kereta mewah yang boleh membuat anda berasa longlai dan mahu terduduk di tanah.
Ini yang berlaku kepada pasangan penjual ikan dari wilayah Nonthaburi di Thailand apabila telah terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta mewah yang bukan sebarang kereta mewah. 


Pasangan ini secara tidak sengaja telah melanggar sebuah Lamborghini yang berada di depan kereta mereka. Namun apa yang pemilik kereta mewah ini minta mereka lakukan selepas itu amat mengejut kan lagi menyentuh hati.

Semasa kemalangan ini berlaku, pasangan penjual ikan ini sedang memandu sebuah kereta lama dan dengan secara tidak sengaja telah melanggar sebuah Lamborghini yang berada di laluan perlahan. 


Pemandu kereta lama ini secara tidak sengaja telah menekan pedal minyak yang diingat brek. Akibatnya Lamborghini tersebut mengalami sedikit kerosakan dengan beberapa kesan calaran di belakang kereta nya.
Pasangan ini hampir pengsan melihat kerosakan yang dilakukan oleh mereka kepada kereta mewah Lamborghini ini. Di mana mereka perlu mencari wang untuk membaiki kereta sendiri yang telah remuk di bahagian depan. Dan apa yang lebih membimbang kan ialah bagaimana mereka boleh membayar kos membaiki kerosakan Lamborghini ini.
Terdapat kesan calaran di bahagian belakang Lamborghini tersebut dan pasangan ini telah meminta maaf dan menerangkan kepada pemilik kereta mewah ini yang mereka bekerja sebagai penjual ikan dan tidak mampu membayar kesemua jumlah kos membaiki sekaligus. Mereka be rtanya jikalau beliau boleh menerima bayaran secara ansuran untuk membaiki kereta mewah tersebut.

Apabila pemilik Lamborghini ini melihat wajah takut dan bimbang pasangan penjual ikan tersebut, dan mereka juga berkata mereka tidak mempunyai insuran kereta, beliau mengambil keputusan untuk tidak memberi pasangan ini masalah.


Pemilik Lamborghini ini kemudian memberitahu pasangan ini, beliau tidak mahu menerima bayaran ganti rugi untuk kerosakan keretanya, sebaliknya meminta pasangan ini supaya berjanji dengannya untuk menderma kepada kuil sebanyak RM380 selama 10 kali sebagai tanda membayar kerosakan kereta nya.
Apabila kisah taikun yang baik hati ini tersebar dan menjadi tular di media sosial, beliau telah berkata, “Saya tidak mahu berlagak menunjukkan saya seorang yang kaya, tetapi sebab mengapa saya berbuat begitu kerana saya tidak mahu membebankan mereka dengan masalah dan saya mahu orang lain juga patut belajar untuk memaafkan orang lain. Kereta saya sememangnya mahal. Tetapi apa masalahnya? Kemalangan itu berlaku secara tidak sengaja, jadi adalah perlu bagi kita memaaf kan orang lain secara terbuka.”


Katanya lagi, sebagai warga Thailand, sepatutnya semua orang patut membantu orang lain yang memerlukan dengan kemampuan mereka.


Bukan sahaja pemilik Lamborghini ini tidak meminta bayaran bagi kos membaiki kenderaan nya, tetapi sebalik nya meminta pasangan penjual ikan ini mendermakan wang mereka kepada kuil bagi tujuan amal. Ramai netizen yang memuji tindakan taikun ini sebagai seorang yang baik hati dan pemurah.


Pasangan penjual ikan ini berasa sangat tersentuh dengan tindakan nya dan berjanji akan menderma kepada kuil dengan meletakkan nama taikun ini sebagai penderma nya. Tindakan dan sikap pemilik Lamborghini ini sangat mulia dan amat menyentuh hati. Diharap lebih ramai lagi taikun seperti nya yang prihatin dan baik hati di dalam masyarakat.


Sumber: Era Baru

No comments

Powered by Blogger.