Header Ads

Pengadil Bola Sepak Jelita Berusia 20 Tahun Jadi Viral





Seorang gadis muda yang dilabel pengguna media sosial sebagai pengadil bola sepak tercantik di dunia, Karolina Bojar, meminta agar orang ramai tidak taksub memperkatakan mengenai kecantikannya semata-mata.



Sebaliknya, Bojar, seorang warganegara Poland berkata, pembabitan wanita sebagai pengadil sukan yang didominasi kaum lelaki itu perlu dilihat dari sudut positif.

"Wanita mempunyai daya tarikan tersendiri yang boleh memberi ketenangan kepada lelaki. Ia satu perkara positif dalam bola sepak kerana ada masanya, bola sepak boleh menjadi sukan yang agresif dan penuh tekanan," katanya ketika ditemubual sebuah stesen televisyen di negaranya.


"Saya suka menjadi pengadil kerana ia satu cabaran yang besar untuk seorang wanita seperti saya. Selain itu, saya suka perasaan adrenalin dalam perlawanan bola sepak," tambahnya.


Wajah dan nama Bojar mula tular minggu lalu selepas gambar-gambarnya ketika menjadi penjaga garisan sebuah perlawanan bola sepak disebarkan di media sosial.

Kecantikan gadis berusia 20 tahun itu pantas menarik perhatian, namun ia bukan sesuatu yang digemari pelajar jurusan undang-undang di sebuah universiti di Krakow itu.


Ditanya bagaimana dia mengendalikan perlawanan, kata Bojar, dia cuba membina hubungan yang baik dengan pemain untuk memastikan adanya rasa saling menghormati antara mereka.

"Saya cuba berkomunikasi sebaik mungkin dengan mereka dan tidak akan merendahkan mereka. Setakat ini ia berkesan untuk mencipta situasi yang lebih terkawal di atas padang," katanya.


Sumber: Astro Awani
Foto: Instagram @bojarmeow

No comments

Powered by Blogger.