Header Ads

Pekerja Jumpa Janin Tersangkut Di Perangkap Sampah Dalam Loji Kumbahan Ketika Sedang Melakukan Kerja Pembersihan..



JANIN lelaki usia empat bulan ditemui dalam loji kumbahan Indah Water Konsortium (IWK), Bandar Perai Jaya, Perai, hari ini.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, janin terbabit ditemui tersangkut di perangkap sampah di loji itu, kira-kira jam 10 pagi tadi oleh kontraktor IWK yang sedang melakukan kerja pembersihan.


Menurutnya, kontraktor terbabit kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian dan hasil siasatan mendapati janin berkenaan tersangkut di tempat penahan sampah.

"Kita sudah menghantar janin terbabit ke hospital untuk bedah siasat dan tindakan selanjutnya.


"Setakat ini, usaha mengesan suspek yang membuang janin terbabit sedang giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber: HMetro

No comments

Powered by Blogger.