Header Ads

Pejabat Agama Sahkan Tiada Permohonan Nikah Antara Fattah Dan Fazura



Berita pertunangan dan perkahwinan yang di war warkan di antara pelakon wanita popular, Fazura dan bekas juara Hero Remaja 2011/2012 Fattah Amin masih lagi belum reda.
Beberapa hari yang lalu, sebuah agensi media melaporkan satu majlis telah berlangsung di rumah nenek kepada Fazura yang terletak di Petaling Jaya. Dengan berkhemah putih seakan mereka sedang mengadakan sebuah majlis.


Namun majlis apa yang sedang berlangsung tidak dapat dipastikan sama ada majlis pernikahan, pertunangan atau kenduri kesyukuran sebelum Fazura sekeluarga berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah umrah.


Terbaru memetik dari satu sumber, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling mengesahkan bahawa mereka tidak menerima sebarang maklumat tentang pernikahan Fattah dan Fazura yang didakwa berlangsung pada malam sebelum mereka berangkat ke tanah suci.

Jurucakap pejabat agama itu juga turut berkata, Fattah dan Fazura juga belum hadir untuk menguruskan hal pernikahan di pejabat agama berkenaan.

Kebiasaannya tiada majlis pernikahan dilakukan pada waktu berkenaan (malam). Pihak yang mahu berkahwin sepatutnya membuat permohonan pernikahan terlebih dahulu sebelum dinikahkan oleh pegawai dari pejabat agama.Kata jurucakap tersebut kepada Mstar Online.


Tambahnya lagi, pernikahan boleh juga dilakukan tanpa mendapatkan permohonan daripada pejabat agama daerah.

Pernikahan tersebut boleh dilakukan dengan menggunakan khidmat juru nikah kariah masjid berdekatan.

Walau bagaimanapun kata jurucakap itu lagi, perkahwinan seperti itu perlu dilakukan secara tertutup yang kebiasaannya dilakukan bagi kes tangkap khalwat.


Apa-apa pun, jika mereka (Fattah dan Fazura) benar-benar sudah bernikah, mereka perlu datang daftar di sini (jika pernikahan dilakukan di daerah Petaling)

Turut sama mengerjakan umrah adalah ibubapa Fattah Amin selain ibu, adik serta bapa saudara Fazura.


Mereka dijangka pulang ke tanah air pada 23 november ini dan akan mengadakan sidang media selepas itu.

No comments

Powered by Blogger.