Header Ads

Pegawai Polis ‘Kantoi’ Menipu Ketika Peperiksaan Menggunakan Bantuan Isteri Yang Membaca Jawapan Menerusi Bluetooth Dengan Memasang Kamera Mikro Dan Disambung Ke Pemacu Google..



INDIA- Seorang pegawai polis ditahan selepas dipercayai menipu ketika peperiksaan menggunakan bantuan isterinya.

Safeer Karim didakwa menggunakan kamera mikro yang dipasang pada dadanya kemudian disambung ke pemacu Google.

Menerusi sambungan itu, isterinya akan membaca jawapan soalan peperiksaan itu menggunakan Bluetooth.


Polis Hyderabad menahan Joyce pada Selasa kerana didakwa membantu Karim menipu dalam peperiksaan perkhidmatan awam.

Wanita itu turut dibantu seorang pakar teknologi yang terlibat dengan sindiket penipuan berteknologi tinggi, Dr P Rambabu yang turut ditahan polis.

Polis merampas cakera keras komputer, komputer riba, iPad dan alatan lain dari kedua-dua suspek.

Inspektor Srinivas Rao memberitahu The Hindustan Time:"Kami telah menyerahkan kedua-dua suspek kepada polis Chennai."


"Mereka sedang menyoal siasat suspek sekarang di Hyderabad sebelum diserahkan ke Chennai.

"Karim tidak berpuas hati dengan pemilihan untuk perkhidmatan polis dan menyebabkan dia melakukan penipuan itu," katanya.

Karim bertugas sebagai penguasa polis tambahan di daerah Tirunalveli, Tamil Nadu dan boleh berdepan risiko dipecat atas kesalahan itu.

sumber: mstar

No comments

Powered by Blogger.