Header Ads

Obses Nak ‘Sado’ Cepat,Sanggup Suntik Minyak Setiap Hari Hingga Saiz Bisepnya Meningkat Sebanyak 10 Inci Dalam Masa 10 Hari!..



RUSIA- Kirill Tereshin berpandangan cara lama untuk 'sado' iaitu dengan mengangkat besi dan mengambil banyak protein memerlukan masa yang panjang.

Jadi, dia memutuskan untuk menyuntik kedua-dua belah tangannya dengan beberapa liter minyak sintetik dikenali sebagai 'synthol'.


Seperti kebanyakan pengguna synthol, Tereshin, 21, memulakannya dengan menyuntik sejumlah kecil minyak itu terus ke dalam ototnya, tetapi sedar untuk memastikan ototnya kelihatan besar, dia perlu meningkatkan kuantiti dan menyuntiknya lebih kerap.


Dia pertama kali menyuntik 250ml synthol di lengannya, tetapi ototnya hanya membesar 1 inci.

Tidak gembira dengan hasil itu, dia mendakwa menyuntikkan beberapa lagi liter synthol untuk lengannya kelihatan besar.



Tetapi timbul masalahnya lain apabila otot tangannya yang membesar tidak sesuai dengan saiz anggota badannya yang lain.

Seperti yang dilihat dalam gambar-gambar yang dimuat naik untuk lebih 35,000 pengikut Instagramnya, tangannya yang diletakkan di atas kepala tidak sesuai dengan seluruh tubuhnya.

Dia bagaimanapun nampak tidak peduli tentang situasi ini, kerana apa yang dia mahukan adalah mempunyai bisep dan trisep yang besar.


Walaupun dikritik hampir setiap hari, dia mendakwa tidak akan berhenti menyuntik synthol dan berharap untuk memecahkan beberapa rekod bina badan suatu hari nanti.

Walaupun benar ahli bina badan kadang-kadang menggunakan synthol, mereka hanya menyuntik sejumlah kecil untuk menonjolkan otot mereka sebelum pertandingan.


Sebaliknya, Tereshin kini hampir tidak mempunyai sebarang otot sama sekali.

Dia mula menyuntik sintetik musim panas lalu, setelah dibebaskan dari tentera dan dilaporkan meningkatkan saiz bisepnya sebanyak 10 inci dalam masa 10 hari.

Katanya, sakit bukan masalah!


"Untuk mencapai saiz sedemikian, anda perlu menyuntikkannya beberapa liter di tangan anda.

"Saya kemudian demam sehingga 40 darjah, terbaring di tempat tidur, rasa macam nak mati, tetapi semuanya ternyata baik."


Doktor memberi amaran suntikan synthol boleh menyebabkan embolisme pulmonari, kerosakan saraf, jangkitan, sclerosing lipogranuloma, strok dan ketumbuhan minyak atau ulser pada otot.



No comments

Powered by Blogger.